Pallas BFix - Tempat duduk kereta CYBEX - Manual pengguna percuma
Cari manual peranti secara percuma Pallas BFix CYBEX dalam format PDF.
| Jenis produk | Tempat duduk kereta untuk kanak-kanak |
| Jenama | Cybex |
| Model | Pallas B-Fix |
| Kumpulan berat | Kumpulan 1: 9 hingga 18 kg, Kumpulan 2/3: 15 hingga 36 kg |
| Julat umur yang disyorkan | Kira-kira 9 bulan hingga 12 tahun |
| Dimensi (lebih kurang) | Tinggi ~65 cm, Lebar ~45 cm, Dalam ~50 cm |
| Berat (lebih kurang) | ~10 kg |
| Pemasangan dalam kenderaan | ISOFIX / Latch-Connect + tali pinggang keselamatan tiga titik |
| Mod penggunaan Kumpulan 1 | Dengan perisai impak |
| Mod penggunaan Kumpulan 2/3 | Tanpa perisai impak, dengan tali pinggang kenderaan |
| Pelarasan ketinggian | Kepala tempat duduk boleh laras secara berterusan (maks 2 cm antara bahu dan kepala tempat duduk) |
| Perlindungan sisi | Ya, perlindungan hentaman sisi bersepadu |
| Prosedur perlindungan | Perisai impak (Kumpulan 1) + panduan tali pinggang yang dioptimumkan |
| Pensijilan | UN R44/04, universal dan semi-universal |
| Bahan sarung | Kain boleh basuh, bahagian plastik |
| Penjagaan dan pembersihan | Sarung boleh basuh mesin pada 30°C, program lembut; jangan gunakan pengering atau dedah terus kepada cahaya matahari |
| Pembersihan bahagian plastik | Dengan agen pembersih lembut dan air panas |
| Jangka hayat maksimum | 11 tahun (dari tarikh pembuatan) |
| Waranti pengeluar | 3 tahun |
| Aksesori termasuk | Perisai impak, panduan tali pinggang, Latch-Connect |
| Keserasian kenderaan | Tempat duduk dengan tali pinggang tiga titik dan/atau sauh ISOFIX |
Soalan yang kerap ditanya - Pallas BFix CYBEX
Soalan pengguna tentang Pallas BFix CYBEX
0 soalan tentang peranti ini. Jawab yang anda tahu atau tanya soalan anda sendiri.
Tanya soalan baru tentang peranti ini
Muat turun arahan untuk Tempat duduk kereta dalam format PDF secara percuma! Cari manual anda Pallas BFix - CYBEX dan ambil semula peranti elektronik anda. Di halaman ini diterbitkan semua dokumen yang diperlukan untuk penggunaan peranti anda. Pallas BFix jenama CYBEX.
MANUAL PENGGUNA Pallas BFix CYBEX
CYBEX Pallas B-Fix – kumpulan 1,9 hingga 18 kg
CYBEX Solution B-Fix – kumpulan 2/3, 15 hingga 36 kg
Disyorkan daripada umur kira-kira 9 bulan hingga 12 tahun
Tenpa kelulusan Lembaga Kelulusan Jenis, kerusi keselamatan kanakkanak tidak boleh diubah suai atau ditambahkan dalam apa-apa cara sekali pun.
Kerusi keselamatan kanak-kanak ini hanya boleh dipasang pada kerusi kenderaan yang diluluskan untuk kegunaan kerusi keselamatan kanak-kanak mengikut manual kenderaan.
Jengan gunakan sebarang titik sentuh galas muatan selain daripada yang diterangkan dalam Panduan pengguna dan ditandakan pada kerusi keselamatan kanak-kanak.
Rermukaan penuh penyandar belakang kerusi keselamatan kanak-kanak mesti menyentuh penyandar belakang kenderaan.
Kancing tali pinggang keledar kenderaan tidak sekali-kali boleh menyilangi panduan tali pinggang keledar kerusi tersebut. Jika libas tali pinggang keledar terlalu panjang, kerusi keselamatan kanak-kanak tidak sesuai untuk digunakan dalam kedudukan ini di dalam kenderaan. Sekiranya ragu-ragu sila hubungi pembuat kerusi keselamatan kanak-kanak ini.
Tali pinggang keledar riba mestilah diletakkan betul-betul di bawah melintang lipatan paha anak anda untuk kesan yang optimum sekiranya berlaku kemalangan. Sebelum setiap kali penggunaan, pastikan tali pinggang keledar tiga titik dilaraskan dengan betul dan terpasang dengan kemas pada badan kanak-kanak. Jangan sekali-kali pintal tali pinggang keledar itu!
Hanya penyandar kepala yang dilaraskan secara optimum boleh menawarkan perlindungan dan keselesaan yang maksimum kepada anak anda sambil memastikan tali bahu keledar dipasang dengan baik.
Untuk penggunaan dalam Kumpulan 1, perisai impak mesti digunakan.
Kerusi keselamatan kanak-kanak mesti sentiasa disemat dengan betul menggunakan tali pinggang keledar kenderaan di dalam kenderaan meskipun apabila tidak digunakan.
Sentiasa pastikan bahawa kerusi keselamatan kanak-kanak tidak pernah tersangkut semasa menutup pintu kereta atau melaraskan kerusi belakang.
Kerusi keselamatan kanak-kanak tidak sekali-kali boleh digunakan tanpa pelapik kerusi. Pastikan hanya pelapik kerusi CYBEX asli digunakan, kerana pelapik ialah elemen penting daripada fungsi kerusi.
Jangan sekali-kali tinggalkan anak anda tanpa pengawasan di dalam kereta.
Bahagian pada sistem halangan kanak-kanak boleh panas jika terdedah kepada cahaya matahari dan boleh membuat kulit anak anda melecur. Lindungi anak dan kerusi keselamatan kanak-kanak anda daripada terdedah kepada pancaran matahari.
Kemalangan boleh menyebabkan kerosakan pada kerusi keselamatan kanak-kanak yang tidak dapat dikesan dengan mata kasar. Sila gantikan kerusi selepas kemalangan. Sekiranya ragu-ragu, sila rujuk wakil penjual anda atau pengeluar.
Jengan guna kerusi keselamatan kanak-kanak ini untuk kanak-kanak melebihi 11 tahun. Kerusi keselamatan kanak-kanak terdedah kepada tekanan yang tinggi semasa hayat produknya, yang menyebabkan perubahan dalam kualiti bahan dengan peningkatan umur.
Bahagian plastik boleh dibersihkan dengan agen pencuci lembut dan air suam. Jangan sekali-kali gunakan agen pencuci yang kasar atau peluntur! Sesetengah kerusi kenderaan diperbuat daripada bahan yang sensitif. Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak boleh meninggalkan kesan dan/atau melunturkan warna. Untuk mencegah perkara ini, anda boleh meletakkan selimut atau tuala atau yang seumpamanya di bawah kerusi keselamatan kanak-kanak untuk melindungi kerusi kenderaan.
BAHAGIAN PRODUK
| (a) | Ruang Simpanan Panduan Pengguna | (h) | Panduan Tali Panduan Tali Pinggang Keledar Riba Kumpulan 2/3 |
| (b) | Penyandar | ||
| (c) | Penyandar Kepala Boleh Laras | (i) | Panduan Tali Pinggang Keledar Bahu |
| (d) | Pelaras Ketinggian Penyandar Kepala | (j) | Perlindungan Impak Sisi |
| (e) | Peninggi | (k) | Cangkuk Penyangkut Selak |
| (f) | Perisai Impak | (l) | Pelaras Selak |
| (g) | Panduan Tali Pinggang Keledar | (m) | Titik Tambat ISOFIX |
PEMASANGAN AWAL
Sambungkan penyandar (b) kepada peninggi (e) dengan mencangkukkan cuping panduan pada paksi peninggi. Penyandar (b) akan terlipat ke depan. Letakkan perisai impak (f) pada peninggi (e).
KEDUDUKAN YANG BETUL DI DALAM KENDERAAN
Kerusi keselamatan kanak-kanak dengan sistem pencangkuk selak yang diberi boleh digunakan pada semua kerusi kenderaan dengan tali pinggang keledar tiga titik yang diluluskan dalam manual kenderaan untuk kegunaan "universal". Perakuan "separa universal" diberikan kepada sistem halangan yang disambungkan kepada kereta menerusi sistem penyangkut selak. Oleh sebab ini, sistem penyangkut selak hanya boleh digunakan pada kenderaan tertentu
sahaja. Sila rujuk senarai jenis kenderaan yang dilampirkan untuk kenderaan yang diluluskan. Anda boleh mendapatkan versi paling terkini daripada www.cybex-online.com. Bagi ketinggian kanak-kanak melebihi 135 cm, keserasian di antara Pallas B-Fix dengan kenderaan anda mungkin berkurangan. Sila semak senarai jenis kenderaan untuk memastikan sama ada kerusi keselamatan kanak-kanak tersebut boleh digunakan dalam semua kedudukan penyandar kepala tanpa sekatan.
Dalam keadaan yang luar biasa, kerusi keselamatan kanak-kanak boleh juga digunakan pada kerusi penumpang depan. Sentiasa patuhi saranan pengilang kenderaan.
MEMASANG KERUSI KESELAMATAN KANAK-KANAK DI DALAM KENDERAAN
- Sentiasa pastikan bahawa...
- penyandar di dalam kenderaan yang dikunci dalam kedudukan menegaknya.
- semasa memasang kerusi keselamatan kanak-kanak pada kerusi penumpang depan, laraskan kerusi itu ke belakang sejauh yang mungkin tanpa menjejaskan penghalaan tali pinggang keledar.
- Tarik tali sistem penyangkut selak untuk memanjangkannya dengan menggunakan pelaras selak (I).
- Lekapkan cangkuk penyangkut selak (k) pada titik tambat ISOFIX (m).
- Ketatkan sistem penyangkut selak dengan menarik tali pada pelaras sehingga kedudukan kerusi keselamatan kanak-kanak dilaraskan dengan betul.
- Pastikan keseluruhan permukaan penyandar kerusi kanak-kanak (b) diletakkan pada penyandar kerusi kenderaan.
Jika penyandar kenderaan menghalang, tarik penyandar ke atas sehingga semaksimum yang boleh atau tanggalkan terus penyandar (kecuali kerusi kenderaan yang menghadap ke belakang).
- Pastikan kedudukan kerusi benar-benar kemas dengan cuba menariknya keluar daripada titik tambat ISOFIX (m).
- Sekiranya kerusi digunakan tanpa sistem penyangkut selak, ia boleh disimpan di bawah tempat duduk.
Dengan menggunakan sistem penyangkut selak, anda boleh memasangkan CYBEX Pallas B-fix kepada kenderaan dan ini dapat meningkatkan keselamatan anak anda. Kanak-kanak masih perlu dipakaikan dengan tali pinggang keledar tiga titik kenderaan anda dan dengan perisai impak untuk Kumpulan 1.
MENGELUARKAN KERUSI KESELAMATAN KANAK-KANAK DARIPADA KENDERAAN
- Tanggalkan tali yang diketatkan dengan menggunakan pelaras selak (I).
- Cabut kedua-dua belah cangkuk penyangkut selak (k).
- Keluarkan kerusi keselamatan kanak-kanak.
- Anda boleh menyimpan sistem penyangkut selak di dalam peninggi kerusi kanak-kanak.
MELARASKAN PENYANDAR KEPALA
Penyandar kepala (c) boleh dilaraskan dengan menggunakan pelaras ketinggilan penyandar kepala (d) yang terletak di belakang penyandar kepala (c). Laraskan penyandar supaya ada jarak maksimum 2 cm (anggaran lebar 2 jani) di antara bahu kanak-kanak dan penyandar kepala itu (c).
Ketinggian penyandar kepala masih boleh dilaraskan semasa kerusi sedang dipasang di dalam kereta.
MOD PEMASANGAN YANG BETUL
| Kumpulan 19 – 18 kg | Kumpulan 2/315 – 36 kg | |
| Mod pemasangan dengan perisai impak tanpa perisai impak | ||
| Pemasangan | ![]() | ![]() |
MELE TAKKAN KANAK-KANAK PADA KERUSI KANAK-KANAK DENGAN PERISAI IMPAK - KUMPULAN 1 (9 - 18 KG)
- Sisipkan perisai impak (f). Kelepak sisi perisai impak (f) muat betul-betul di antara alas tangan dan permukaan tempat duduk peninggi.
- Tarik keseluruhan panjang tali pinggang keledar kenderaan.
- Letakkan tali pinggang keledar riba di atas tali pinggang keledar merah yang ditetapkan menghala pada perisai impak (g).
-
Kancing tali pinggang keledar kenderaan ke dalam kancing tali pinggang keledar. Bunyi "KLIK" akan kedengaran apabila ia terkunci dengan kemas.
-
Kemaskan tali pinggang keledar riba dengan menarik tali pinggang keledar bahu ke belakang.
- Masukkan tali pinggang keledar bahu selari dengan tali pinggang keledar riba di belakang ke dalam haluan tali pinggang keledar (g) dan tarik tali pinggang keledar bahu ketat-ketat. Pastikan kedua-dua bahagian lebar penutup tali pinggang keledar perisai impak (f) dalam haluan tali pinggang keledar (g).
- Masukkan tali pinggang keledar riba kemas-kemas melalui haluan tali pinggang keledar perisai impak (g) sehingga terkapit di dalam panduan tali pinggang keledar.
- Letakkan tali pinggang keledar bahu di antara penyandar kepala (c) dan penyandar (b). Tali pinggang keledar bahu tidak perlu dipandu masuk melalui panduan tali pinggang keledar bahu (i).
BERALIH DARIPADA KUMPULAN 1 KEPADA KUMPULAN 2/3
Keluarkan perisai impak (f), apabila berat anak anda mencapai 18 kg.
Ambil perhatian bahawa dengan anak anda tidak dibenarkan beralih daripada kumpulan 1 kepada kumpulan 2/3 jika berat anak anda kurang daripada 15 kg. Pastikan perisai impak disimpan di tempat yang selamat
MELETAKKAN KANAK-KANAK PADA KERUSI KESELAMATAN KANAK-KANAK TANPA PERISAI IMPAK - KUMPULAN 2/3 (15 - 36 KG)
- Lalukan tali pinggang keledar kenderaan di sekeliling anak anda dan masukkan lidah tali pinggang keledar ke dalam kancing tali pinggang keledar. Tali pinggang keledar itu mesti terkunci di tempatnya apabila kedengaran bunyi "KLIK".
- Letakkan tali pinggang keledar riba mengikut panduan tali pinggang riba yang berwarna merah (h) kerusi keselamatan kanak-kanak itu.
- Tarik tali bahu keledar untuk mengetatkan tali riba keledar.
- Pada sisi tempat duduk kereta di sebelah kancing tali pinggang keledar, tali pinggang keledar bahu dan tali pinggang keledar riba mesti dimasukkan sekali ke dalam panduan tali pinggang keledar riba (h).
- Masukkan tali pinggang keledar bahu melalui panduan tali pinggang keledar riba (i) sehingga ia berada di dalam panduan tali pinggang keledar.
- Pastikan tali pinggang keledar bahu merintang tulang selangka (klavikel) anak anda dan tidak menyentuh leher anak anda. Jika perlu, laraskan ketinggian penyandar kepala (c) untuk menukar kedudukan tali pinggang keledar.
MENANGGALKAN DAN MEMASANG SEMULA PELAPIK KERUSI
Pelapik kerusi kanak-kanak terdiri daripada empat bahagian (penyandar kepala, penyandar, peninggi dan perisai impak). Bahagian ini diletakkan pada kedudukannya di beberapa tempat menggunakan stad tekan. Setelah semua stad dilepaskan, bahagian tunggal pelapik boleh ditanggalkan.
Pelapiknya hanya boleh dibasuh pada suhu 30 °C dengan program basuh lembut, jika tidak fabrik pelapik itu akan berubah warna. Sila basuh pelapik secara berasingan daripada pakaian lain dan jangan keringkan di dalam mesin pengering atau di bawah sinaran matahari!
WARANTI DAN PERATURAN PELUPUSAN PENGILANG
CYBEX GmbH (Riedingerstr. 18, 95448 Bayreuth, Jerman) memberikan jaminan produk selama 3 tahun. Waranti ini sah di negara produk ini dijual pada awalnya oleh peruncit kepada pelanggan. Kandungan jaminan dan semua maklumat penting diperlukan untuk pernyataan jaminan yang boleh didapati pada laman utama kami
go.cybex-online.com/manufacturer-warranty-car-seats. Jika waranti ditunjukkan dalam penerangan artikel, hak undang-undang terhadap kami kerana kecacatan kekal tidak terjejas.
Sila patuhi peraturan pelupusan sisa di negara anda.

text_image
cybex PALLAS B-FIX UN-R44-04 UNIVERSAL SEMI-UNIVERSAL 9 - 18 kg E1 04301395 CYBEX GmbH Rasingenix: 18, 29448 Bayrauth Ocimaly
วิทยาลัย
UN R-44/04
CYBEX Pallas B-Fix . junLup 1, 9-18uq
CYBEX Solution B-Fix. junLUp 2/3, 15-36Lq
Iunphnnn E unpnuu lyhpuntl unn 9 wuwlywuhg uhuzl 12 unwtywulutnh hwufwn
Cunphwlywnljejnlu 2tn tnthuwjh uuuwwntnu pnunptju Pallas B-Fix-h ynw ywuq wnutjnl hwuwn:
Nizwnh lqunnwgtp Oqnwnqnnbu wu nntgnlgn` luwhpwu 2tn dtptluwh utg luunwnuttn untnwnntn, u wlu f2nuwtu wuhtp atnph unwl` huwluwwuuwuhw lughynlu (a):
Aurayunr stayunhaznfs
Umwug Cunlzh huiyuwunwqnfuu uwnufh huiyulnupjwu' yh lquntih dluwuhnfuti ywu nput fuu wultwgluti utptuwjh wuiylwqwu luuwuntnhu:

