HR2028 - 280 PHILIPS - Panduan pengguna gratis
Temukan panduan perangkat secara gratis HR2028 PHILIPS dalam format PDF.
Unduh instruksi untuk 280 dalam format PDF gratis! Temukan panduan Anda HR2028 - PHILIPS dan ambil kembali perangkat elektronik Anda. Di halaman ini diterbitkan semua dokumen yang diperlukan untuk penggunaan perangkat Anda. HR2028 merek PHILIPS.
PANDUAN PENGGUNA HR2028 PHILIPS
Bahaya - Jangan sekali-kali tenggelamkan unit motor ke dalam air atau apa-apa cecair lain, mahupun membilasnya di bawah air paip. Hanya gunakan kain lembap untuk membersihkan unit motor. Amaran - Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa setempat sebelum anda menyambungkan perkakas. - Jika kord sesalur kuasa rosak, ia mesti diganti oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips ataupun pihak lain seumpamanya yang layak bagi mengelakkan bahaya. - Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur kuasa atau bahagian lain telah rosak. - Jangan sekali-kali gunakan balang pengisar, bikar pengisar kering atau bikar pengisar basah untuk menghidup atau mematikan perkakas. - Jangan biarkan perkakas digunakan tanpa pengawasan. - Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk kegunaan orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka. - Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak bermain dengan perkakas ini. - Elakkan daripada menyentuh mata pisau, terutamanya apabila peralatan diplag masuk. Mata pisaunya amat tajam. - Jika pisau tersekat, cabut plag perkakas sebelum mengeluarkan bahan-bahan yang menyekat pisau. - Pastikan unit mata pisau dipasang dengan kukuh pada balang pengisar atau bikar pengisar sebelum anda memasang balang pengisar atau bikar pengisar pada unit motor. BAHASA MELAYUAwas - Tanggalkan plag pengisar setiap kali sebelum anda memasang, menanggalkan pemasangan atau melaraskan balang pengisar, pengisar kering atau pengisar basah, dan sebelum anda mula membersihkan pengisar. - Jangan sekali-kali menggunakan sebarang aksesori atau bahagian daripada pengilang lain atau yang tidak disyorkan secara khusus oleh Philips. Jika anda menggunakan aksesori atau bahagian sedemikian, jaminan anda menjadi tidak sah. - Jangan melebihi paras maksimum yang ditandakan pada balang pengisar dan bikar pengisar. - Tahap hingar: Lc= 86 dB(A). Pengisar Amaran - Jangan sekali-kali masukkan jari anda atau objek lain ke dalam balang semasa perkakas sedang berjalan. - Pastikan mata pisau dipasang dengan kejap pada balang pengisar sebelum anda memasang balang pengisar pada unit motor. Awas - Jangan sekali-kali mengisi balang pengisar dengan bahan yang lebih panas dari 80ºC. - Untuk mencegah tumpahan, jangan masukkan lebih daripada 1.5 liter cecair ke dalam balang pengisar, lebih-lebih lagi apabila anda mengisar pada kelajuan tinggi. Jangan masukkan lebih daripada 1liter ke dalam balang pengisar apabila anda memproses cecair panas atau bahan yang mudah berbuih. - Jika makanan melekat pada dinding balang pengisar, matikan perkakas dan cabut plagnya. Kemudian gunakan spatula untuk mengeluarkan makanan tersebut dari dinding. - Sentiasa pastikan tudung dipasang dengan betul pada balang dan cawan penyukat dimasukkan dengan betul ke dalam tudung sebelum anda menghidupkan perkakas ini. - Jangan sekali-kali terlupa untuk memasukkan gelang kedap ke dalam unit mata pisau sebelum anda memasang unit mata pisau pada balang pengisar, kerana jika tidak bocor akan berlaku. - Jangan biarkan perkakas berjalan selama lebih daripada 3 minit setiap kali. - Sentiasa biarkan perkakas menyejuk ke suhu bilik antara kitaran pemprosesan. Pengisar kering dan pengisar basah Amaran - Jangan sekali-kali menggunakan pengisar kering mengisar bahan-bahan yang sangat keras seperti buah pala, gula batu dan ketulan ais. - Jangan gunakan pengisar basah untuk mencampurkan cecair atau untuk menghancurkan ketulan ais. Gunakan balang pengisar untuk memproses bahan-bahan ini. - Jangan sentuh mata pisau pemotongan pada unit pisau pengisar apabila anda membersihkannya. Ia sangat tajam dan jari anda boleh terpotong dengan mudah. Awas - Jangan sekali-kali menggunakan pengisar kering atau pengisar basah melebihi 30 saat tanpa berhenti seketika. Biarkan pengisar kering atau pengisar basah menyejuk sehingga suhu bilik sebelum memulakan kitaran pemprosesan yang seterusnya. - Biarkan bahan-bahan panas menyejuk dahulu sebelum anda memprosesnya di dalam pengisar kering atau basah (suhu maksimum 80°C). - Jangan sekali-kali lupa menempatkan gelang pengedap di dalam unit mata pisau sebelum memasang balang pengisar. Jika tidak, bocor akan berlaku. - Sentiasa proseskan bunga cengkih, bunga lawang dan jintan manis bersama-sama dengan bahan- bahan lain. Jika diproses berasingan, bahan-bahan ini mungkin meninggalkan kesan ke atas bahan- bahan plastik perkakas ini. - Bikar pengisar mungkin akan berubah warna apabila anda menggunakannya untuk memproses bahan-bahan seperti bunga cengkih, jintan manis dan kayu manis. BAHASA MELAYU 39- Pengisar kering dan pengisar basah tidak sesuai untuk mencincang daging mentah. Sebaliknya, gunakan pengisar. - Jangan gunakan pengisar kering dan pengisar basah untuk memproses cecair seperti jus buah. - Jangan proses bahan-bahan kering seperti biji kopi dan kekacang kering di dalam pengisar basah. Penuras Awas - Jangan sekali-kali menggunakan penapis untuk memproses bahan-bahan yang lebih panas daripada 80 C. - Jangan sekali-kali terlalu membebankan penuras. Jangan masukkan lebih daripada 75g kacang soya kering atau 160g buah-buahan ke dalam penuras sekali gus. - Sentiasa pastikan tudung dipasang dengan betul dan cawan penyukat dimasukkan dengan betul ke dalam tudung sebelum anda menghidupkan perkakas ini. - Potong buah menjadi kepingan lebih kecil sebelum memasukkannya ke dalam penapis. - Rendam bahan kering, seperti kacang soya, sebelum memasukkannya ke dalam penapis. Kunci keselamatan binaan dalam Ciri ini memastikan bahawa anda hanya boleh menghidupkan perkakas jika anda telah memasang balang pengisar, bikar pengisar kering atau bikar pengisar basah pada unit motor. Jika balang pengisar atau bikar pengisar dipasang dengan betul, kunci keselamatan terbina dalam akan dibuka kuncinya. Medan elektromagnet (EMF) Perkakas Philips ini mematuhi semua standard berkenaan medan elektromagnet (EMF). Jika perkakas ini dikendalikan dengan betul dan mengikut arahan dalam manual pengguna ini, ia selamat untuk digunakan berdasarkan bukti saintik yang terdapat pada hari ini. Sebelum penggunaan pertama Bersihkan dengan rapi semua bahagian yang bersentuhan dengan makanan sebelum anda menggunakan perkakas buat kali pertama (lihat bab ‘Membersihkan’). Menggunakan perkakas Anda boleh melaraskan panjang kord dengan menggulungkan sebahagian daripadanya pada gelendong di bahagian bawah tapak. Lalukan kord melalui slot dalam tapak. Pengisar Pengisar ini dimaksudkan untuk memuri halus, mencincang, dan mengisar. Dengan menggunakan pengisar ini, anda boleh menyediakan sup, sos dan susu kocak. Anda boleh juga menggunakan pengisar untuk mengisar sayur, buah, daging, bater penkek dll. Menyediakan pengisar untuk digunakan 1 Pasangkan gegelang kedap pada unit pisau pengisar (Gamb. 2). 2 Letakkan unit mata pisau di bahagian bawah balang pengisar (1). Putarkan skru melawan arah jam (2) sehingga ia dipasang dengan betul. (Gamb. 3) 3 Letakkan balang pengisar dengan unit pisau dipasang di dalamnya pada unit motor dan pasangkannya dengan memutarkannya mengikut arah jam (‘klik’). (Gamb. 4) Balang pengisar boleh dipasang dengan dua cara: dengan pemegangnya berada di sisi kanan atau di sisi kiri. 4 Masukkan plag utama ke dalam soket. BAHASA MELAYU40Menggunakan pengisar 1 Letak bahan-bahan dalam balang pengisar. 2 Letakkan penutup pada balang dan pusingkannya sehingga ia dipasang dengan betul (‘klik’). 3 Masukkan cawan penyukat ke dalam bukaan pada tudung. (Gamb. 5) 4 Tekan butang kelajuan 1 atau 2 untuk menghidupkan pengisar. Selepas pemprosesan, tekan butang denyut/mati untuk mematikan pengisar. Jika anda hendak mengisar bahan hanya buat seketika, gunakan butang denyut/mati dan bukannya butang kelajuan. Jangan biarkan perkakas berjalan selama lebih daripada 3 minit pada sesuatu masa. Biarkan ia menyejuk ke suhu bilik antara kitaran pemprosesan. Petua - Jika anda hendak menghancurkan kiub ais, jangan masukkan lebih daripada 6 kiub ais (iaitu lebih kurang 25x35x25mm) ke dalam balang pengisar dan tekan butang denyut beberapa kali. - Potong daging atau bahan pejal lain menjadi kepingan lebih kecil sebelum memasukkannya ke dalam balang pengisar. - Jangan kisarkan jumlah bahan pejal yang banyak sekali gus pada waktu yang sama. Untuk mendapatkan hasil terbaik, kami nasihatkan agar anda mengisar bahan-bahan ini sedikit demi sedikit. - Untuk membuat jus tomato, potong tomato menjadi empat bahagian dan masukkannya melalui bukaan pada tudung ke atas mata bilah yang berputar. Membuka blender 1 Tanggalkan plag sesalur kuasa dari soket dinding. 2 Tanggalkan tudung dengan cawan penyukat daripada balang pengisar. 3 Pusingkan balang pengisar dengan unit mata pisau dipasang melawan arah jam untuk mengeluarkannya dari unit motor. 4 Bersihkan semua bahagian boleh tanggal serta merta selepas penggunaan (lihat bab ‘Pembersihan’). Penuras Dengan menggunakan penuras ini, anda boleh menyediakan jus buah, koktel, atau susu soya yang segar dan lazat. Penuras mengelakkan biji dan kulit daripada memasuki minuman anda. Jangan sekali-kali terlalu membebankan penuras. Jangan masukkan lebih daripada 75g kacang soya kering atau 160g buah-buahan ke dalam penuras sekali gus. Menyediakan penapis untuk penggunaan 1 Lekapkan balang pengisar dengan unit mata pisaunya dipasang pada unit motor. Pusingkan balang pengisar mengikut arah jam untuk memasangnya (‘klik’) (Gamb. 4). Balang pengisar boleh dipasang dengan dua cara: dengan pemegangnya berada di sisi kanan atau di sisi kiri. 2 Masukkan penapis ke dalam balang pengisar (Gamb. 6). Pastikan alur-alur penuras terpasang dengan tepat pada rusuk-rusuk di dalam balang pengisar. 3 Masukkan plag utama ke dalam soket. BAHASA MELAYU 41Menggunakan penapis 1 Letakkan tudung di atas balang pengisar. 2 Letak bahan-bahan ke dalam penuras. (Gamb. 7) Jangan melebihi penunjuk MAX pada jaringan penapis. 3 Tuangkan air atau cecair lain (susu, jus, dll.) ke dalam balang pengisar. 4 Masukkan cawan penyukat ke dalam lubang pada tudung. 5 Biarkan perkakas berjalan untuk lebih kurang 40 saat. 6 Matikan perkakas dan keluarkan balang pengisar dengan unit pisau terpasang dari unit motor. Jangan buka penutup. Biarkan cawan penyukat dan penuras di dalam balang. 7 Tuangkan minuman melalui bibir penuang balang pengisar. (Gamb. 8) Petua: Untuk mendapatkan hasil yang optimum, letakkan balang yang berisi bahan selebihnya kembali di atas perkakas dan biarkan ia berjalan selama beberapa saat lagi. Nota: Apabila anda mengisar kuantiti yang banyak, kami nasihatkan agar anda tidak memasukkan kesemua bahan ke dalam penapis sekaligus. Mula dengan mengisar kuantiti yang kecil dan biarkan perkakas berjalan selama beberapa saat. Kemudian matikan perkakas dan tambahkan lagi kuantiti kecil. Ulangi prosedur ini sehingga anda habis memproses semua bahan. Sentiasa pastikan balang pengisar sentiasa tertutup semasa pemprosesan. 8 Bersihkan semua bahagian boleh tanggal serta merta selepas penggunaan (lihat bab ‘Pembersihan’). Pengisar kering Perkakas ini dibekalkan dengan dua pengisar. - Pengisar kering (yang lebih kecil) dimaksudkan untuk mengisar bahan-bahan kering, seperti kacang-kacangan kering, beras kering, udang kering atau daun teh kering. - Pengisar basah (yang lebih besar) dimaksudkan untuk memotong bahan-bahan yang lembap, seperti pes cili dan beras yang telah direndam. Menggunakan pengisar kering 1 Masukkan bahan ke dalam bikar pengisar (Gamb. 9). Anda boleh memproses bahan-bahan yang basah dan kering. Jangan isikan balang pengisar kering melebihi penunjuk ‘MAX’. 2 Pasang gelang pengedap pada unit bilah pengisar (pengisar kering) atau pasang gelang pengedap pada unit bilah pengisar basah (pengisar basah) (Gamb. 10). 3 Letakkan unit bilah pengisar kering pada bikar pengisar kering (1) atau letakkan unit bilah pengisar basah pada bikar pengisar basah (1) dan skrukan unit bilah melawan arah jam (2) sehingga ia terpasang dengan betul (Gamb. 11). 4 Terbalikkan pengisar yang telah dipasang dan ketatkannya pada unit motor (Gamb. 12). 5 Masukkan plag utama ke dalam soket. 6 Tekan dan tahan butang PULSE dan biarkan pengisar berjalan sehingga bahan-bahan menjadi cukup halus. Ini mengambil masa lebih kurang 10-30 saat. BAHASA MELAYU42Membuka pengisar kering 1 Tanggalkan plag perkakas. 2 Ketatkan pengisar berlawanan arah jam jauh dari unit motor. 3 Terbalikkan pengisar dan ketatkan unit pisau mengikut arah jam jauh dari bikar pengisar. 4 Bersihkan semua bahagian boleh tanggal serta merta selepas penggunaan (lihat bab ‘Pembersihan’). Pembersihan Sentiasa cabut plag perkakas sebelum anda mula membersihkannya. Jangan sekali-kali menenggelamkan unit motor ke dalam air, atau membilaskannya di bawah paip. Jangan bersihkan unit motor dalam mesin pencuci pinggan mangkuk. Jangan sekali-kali menggunakan pad penyental, agen pembersih yang melelas atau cecair yang agresif seperti petrol atau aseton untuk membersihkan perkakas. Petua: Perkakas dan bahagian-bahagiannya amat mudah dibersihkan sebaik saja ia selesai digunakan. 1 Pastikan palam perkakas ditanggalkan. 2 Buka semua bahagian yang boleh tanggal. Jangan lupa untuk menanggalkan gelang pengedap pengisar. Jangan sentuh pisau. Pisaunya sangat tajam. 3 Bersihkan unit motor dengan kain yang lembap. 4 Bersihkan bahagian boleh tanggal dalam air panas dengan sedikit cecair pencuci pinggan mangkuk. Nota: Semua bahagian kecuali unit motor boleh dibersihkan dalam mesin basuh pinggan mangkuk. Penyimpanan Nota: Pastikan pengisar adalah bersih dan kering apabila anda menyimpannya. 1 Untuk menyimpan kord utama, gulungkannya di keliling gelendong pada tapak unit motor (Gamb. 13). 2 Ketatkan unit mata pisau melawan arah jam pada dasar balang pengisar. 3 Terbalikkan balang pengisar . 4 Letakkan balang pengisar di atas unit motor. Nota: Pastikan pemegang balang pengisar berada di belakang unit motor. 5 Letakkan tudung di atas balang pengisar (Gamb. 14). Alam sekitar - Jangan buang perkakas dengan sampah rumah yang biasa pada akhir hayatnya, sebaliknya serahkan ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan berbuat demikian, anda membantu memelihara alam sekitar (Gamb. 15). BAHASA MELAYU 43Jaminan dan servis Jika anda memerlukan maklumat atau menghadapi masalah, sila kunjungi laman web Philips di www.philips.com atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda (anda boleh mendapatkan nombor telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika tiada Pusat Layanan Pelanggan di negara anda, hubungi wakil pengedar Philips tempatan atau Jabatan Servis Syarikat Perkakas Domestik dan Penjagaan Diri Philips. Resipi Garam massala Nota: Resipi ini boleh disediakan dengan pengisar kering. Ramuan: - 10g bunga cengkih - 10g kulit kayu manis (dipotong menjadi kepingan 1sm) - 5g buah pelaga - 10g lada hitam 1 Masukkan semua bahan ke dalam pengisar kering. 2 Gunakan tetapan PULSE untuk memproses bahan-bahan selama 30 saat. Serbuk Five spices Nota: Resipi ini boleh disediakan dengan pengisar kering. Ramuan: - 2g jintan manis - 2g bunga lawang - 2g gelenggang (Cina) - 2g likuoris (Cina) 1 Masukkan semua bahan ke dalam pengisar kering. 2 Gunakan tetapan PULSE untuk memproses bahan-bahan selama 30 saat. Pes kari mosaman Thai Nota: Resipi ini boleh disediakan dengan pengisar basah. Ramuan: - 20g bawang merah - 15g bawang putih - 7g lengkuas (potong menjadi hirisan tebal kira-kira 1cm) - 9g serai - 2 kuntum bunga cengkih - 1 sudu besar biji ketumbar - 1 sudu besar biji jintan putih - 3kpg cili kering - 5kpg lada biji - 1 sudu besar belacan - 1 sudu besar garam 1 Masukkan semua bahan ke dalam pengisar basah. 2 Gunakan tetapan PULSE untuk memproses bahan-bahan selama 30 saat. BAHASA MELAYU44Pes cili Nota: Resipi ini boleh disediakan dengan pengisar basah. Ramuan: - 6g cili kering, dibuang bijinya - 20g cili hidup, dibuang bijinya - 30g bawang merah - 1ulas bawang putih - 1 sudu besar air 1 Masukkan semua bahan ke dalam pengisar basah. 2 Gunakan tetapan PULSE untuk memproses bahan-bahan selama 30 saat. Susu soya Nota: Resipi ini hanya boleh disediakan dengan penuras (HR2027/HR2024 sahaja).Anda boleh memesan penuras bagi HR2021 dan HR2020 sebagai aksesori tambahan dari penjual Philips anda. Sentiasa biarkan perkakas menyejuk ke suhu bilik antara kitaran pemprosesan. Ramuan: - 75g kacang soya kering - 640ml air 1 Rendamkan kacang soya selama 4 jam sebelum anda memprosesnya. Kemudian toskannya. 2 Masukkan kacang soya yang telah direndam ke dalam penuras dan tuang air ke dalam balang pengisar. Kisar selama 30 saat. 3 Tuangkan susu soya ke dalam periuk dan didihkannya. Kemudian tambah sedikit gula dan biarkan susu soya merenih sehingga semua gula telah dilarutkan. 4 Hidang panas atau sejuk. Sup sayur berkhasiat dari Budapest Ramuan: - 120g kolrabi - 180g kentang - 180g daun saderi - 60g lobak - 100g daging babi salai - 0.55ltr air - 100g kacang dal (dalam tin) - 125g crème fraîche - 10g daun pasli - garam, lada hitam, 1 kiub rebusan, 1 helai daun salam 1 Potong dahulu bahan-bahan menjadi bahagian sekecil 2x2x2cm. 2 Masukkan kohlrabi, kentang, daun saderi, lobak merah dan 0.42l air, mengikut turutan ini ke dalam balang pengisar. Kemudian kisar selama 30 saat. 3 Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam kuali leper dan didihkan. Tambah baki air (0.13l), crème fraîche, kacang dal, daging, herba, kiub rebusan dan perasa. 4 Biar sup merenih selama 30 minit. Kacaukan sup dengan tetap. BAHASA MELAYU 4546 ขอมูลเบื้องตน ขอแสดงความยินดีที่คุณสั่งซื้อและยินดีตอนรับสผลิตภัณฑของ Philips! เพื่อใหคุณไดรับประโยชนอยางเต็มที่จากบริการที่ Philips มอบให โปรดลงทะเบียนผลิตภัณฑของ คุณที่ www.philips.com/welcome สวนประกอบ (รูปที่ 1) a ถวยตวง B ฝาปดโถป่น C โถป่น d ขีดแสดงระดับ E หวงยางกันรั่วซึม F ชุดใบมีด g แทนมอเตอร H ปุ่มควบคุม - ปุ่มความเร็ว (1 และ 2) - ปุ่ม Pulse /ปด i แผนกรอง J ถวยบีเกอรสำาหรับบดแหง K ถวยบีเกอรสำาหรับป่นน l หวงยางกันรั่วซึมสำาหรับโถบด M ชุดใบมีดของโถบด
Notice-Facile