Electronic RK7035TH - Periuk nasi TEFAL - Manual pengguna percuma
Cari manual peranti secara percuma Electronic RK7035TH TEFAL dalam format PDF.
| Jenis Produk | Periuk Nasi |
| Jenama | Tefal |
| Model | Electronic RK7035TH |
| Kapasiti | 1.5 liter (beras mentah) |
| Kuasa | 680 W |
| Voltan | 220-240 V ~ 50/60 Hz |
| Dimensi (P x L x T) | Anggaran 25 x 25 x 25 cm |
| Berat | Anggaran 3.5 kg |
| Salutan Periuk Dalam | Tidak melekat (bebas PTFE) |
| Paparan | Paparan digital LED dengan kawalan sentuh |
| Program Memasak | Nasi putih, nasi perang, stim, sup, bubur, kek |
| Fungsi Kekal Panas | Kekal panas automatik sehingga 12 jam |
| Pemasa Tangguh | Mula tangguh sehingga 24 jam |
| Bakul Kukus | Termasuk bakul kukus keluli tahan karat |
| Aksesori | Cawan sukat, spatula nasi, senduk sup |
| Ciri Keselamatan | Mati automatik, perlindungan terlalu panas, pemegang sentuhan sejuk |
| Pembersihan | Periuk dalam dan aksesori selamat mesin basuh pinggan; lap badan dengan kain lembap |
| Ketersediaan Alat Ganti | Periuk dalam, pengedap penutup, cawan sukat, spatula boleh didapati di pusat perkhidmatan Tefal |
| Indeks Kebolehbaikan | 6.5/10 (berdasarkan penarafan EU) |
| Waranti | 2 tahun (tertakluk kepada syarat) |
Soalan yang kerap ditanya - Electronic RK7035TH TEFAL
Soalan pengguna tentang Electronic RK7035TH TEFAL
0 soalan tentang peranti ini. Jawab yang anda tahu atau tanya soalan anda sendiri.
Tanya soalan baru tentang peranti ini
Muat turun arahan untuk Periuk nasi dalam format PDF secara percuma! Cari manual anda Electronic RK7035TH - TEFAL dan ambil semula peranti elektronik anda. Di halaman ini diterbitkan semua dokumen yang diperlukan untuk penggunaan peranti anda. Electronic RK7035TH jenama TEFAL.
MANUAL PENGGUNA Electronic RK7035TH TEFAL
1 Bakul kukus
2 Ukuran untuk air dan beras
3 Mangkuk seramik mudah beralih
4 Cawan mengukur
5 Sudu nasi
6 Sudu sup
7 Tudung periuk
8 Pelindung wap bahagian dalam mudah tanggal
9 Injap tekanan mikro
10 Butang pembuka tudung periuk
11 Pemegang
12 Sokongan sudu beras
13 Kotak kawalan
α kekunci « HANGAT/batal »
b kekunci « MEMANAS SEMULA »
c kekunci « _ »
d kekunci « MULA »
e kekunci « MENU »
f kekunci « + »
g kekunci « PRASET »
14 Penunjuk fungsi
a Penunjuk
b Fungsi « MAHIR »
c Fungsi « CEPAT »/ « KUKUS »
d Fungsi « BUBUR »
e Fungsi « BERAS PERANG »
f Fungsi « KEK »
g Fungsi « SUP »
15 Periuk Badan Luar
16 Elemen pemanas
17 Kord kuasa
SEBELUM PENGGUNAAN KALI PERTAMA
Keluarkan peralatan
- Alihkan peralatan daripada bungkusan dan keluarkan semua aksesori -aksesori dan dokumen-dokumen.
- Buka penutup dengan menekan butang pembuka yang terletak di atas peralatan – Fig.1.
- Tanggalkan mangkuk seramik – Fig.2, pelindung wap dan injap tekanan – Fig.3a dan 3b.
- Bersihkan mangkuk, injap tekanan dan pelindungan wap dengan span dan serbuk pencuci.
- Lap bahagian luar peralatan dan tudung periuk dengan kain lembap.
- Keringkan dengan berhati-hati.
- Letakkan semula semua elemen pada kedudukan asal. Pasangkan kord boleh tanggal ke dalam soket di bahagian bawah periuk.
- Masukkan sokongan sudu pada bahagian bawah peralatan – Fig.4.
PERALATAN
- Periuk nasi ini dilengkapkan dengan 10 fungsi : Masakan Mahir, masakan Cepat/Kukus, masakan Sup, masakan Beras Perang, masakan Bubur, masakan Kek, Memanas semula, Kekal hangat dan Praset.
- Apabila kord kuasa dipasang ke dalam saluran kuasa dan kepada soket di bahagian bawah periuk, peralatan ini akan mengeluarkan bunyi « Bi » yang lama, semua lampu penunjuk di kotak kawalan akan menyala sebentar, skrin akan memaparkan « 88 ». Kemudian skrin berubah menunjukkan « -- », semua lampu penunjuk akan padam. Peralatan ini dalam mod sedia, anda boleh memilih fungsi yang anda mahu.
- Pada akhir tempoh memasak, peralatan ini akan bertukar secara automatik kepada kekal hangat yang akan berpanjangan sehingga 24 jam.
PENYEDIAAN SEBELUM MEMASAK
Menyukat bahan-bahan – Kapasiti mangkuk yang maksimum
- Sebelum memasak, ukur beras dengan cawan mengukur dan bilasnya.
- Masukkan beras yang telah dibilas ke dalam periuk dan penuhkan dengan air mengikut paras air (Ukuran mengikut cawan).
- Kuantiti air boleh diubahsuai mengikut citarasa anda.
Semasa mengukus
- Jumlah air mestilah bersesuaian dan sentiasa lebih rendah daripada paras bawah bakul kukus.
- Melebihi paras ini mungkin akan menyebabkannya melimpah keluar ketika menggunakannya.
- Letakkan bakul kukus di dalam mangkuk seramik – Fig.5.
• Tambah bahan-bahan ke dalam bakul.
UNTUK SEMUA FUNGSI
- Lap bahagian luar mangkuk masakan (terutamanya di bahagian bawah). Pastikan tiada sebarang bendasing atau cecair di bawah mangkuk dan di atas elemen pemanas – Fig.6.
- Letakkan mangkuk masakan di dalam peralatan dan pastikan ia diletakkan pada kedudukan yang tepat – Fig.7.
- Pastikan sensor bergerak apabila anda meletakkan mangkuk masakan ke atasnya.
- Pastikan pelindung wap diletakkan pada kedudukan yang betul.
-
Tutup tudung periuk di tempatnya sehingga kedengaran bunyi « klik ».
-
Pasang kord kuasa ke dalam soket di bahagian bawah periuk dan kemudian pasang penghujung kord kuasa ke saluran kuasa.
- Jangan pasangkan suis peralatan sehingga semua langkah di atas telah dilengkapkan.
- Jangan sentuh elemen pemanas apabila produk dipalamkan.
Jangan sesekali meletakkan tangan di atas corong wap ketika memasak untuk mengelakkan bahaya melecur – Fig.11.
Jika anda mahu menukar menu memasak yang dipilih kerana kesilapan, tekan kekunci « CANCEL » (BATAL) dan pilih menu yang anda inginkan.
Pakai mangkuk nasi yang disediakan sahaja.
Jangan masukkan air atau bahan makanan ke dalam periuk nasi tanpa mangkuk.
JADUAL MEMASAK NASI
* Periuk nasi akan menentukan masa memasak secara otomatik bergantung kepada kuantiti air dan beras di dalam mangkuk.
SARANAN UNTUK MENDAPATKAN HASIL TERBAIK APABILA MEMASAK NASI
- Letakkan peralatan di atas permukaan yang rata, stabil, tahan panas dan jauh daripada percikan air dan sumber haba.
- Tuangkan kuantiti beras yang dikehendaki ke dalam mangkuk dengan menggunakan cawan penyukat yang disediakan – Fig.9. Kemudian isikan air sehingga ke tanda « CAWAN » di dalam mangkuk tersebut (Sila rujuk kepada panduan memasak di atas) – Fig.10.
- Tutup penutup.
Nota: Sentiasa masukkan beras terlebih dahulu untuk mengelakkan air yang berlebihan.
- Tekan kekunci « Menu » semasa status sedia untuk memilih fungsi « Expert » (Mahir) sehingga lampu penunjuk menyala. Lampu penunjuk « Start » (Mula) mula berkelip. Skrin LED memaparkan « -- ».
- Jika tidak perlu praset masa, tekan kekunci « START » (MULA) untuk memasukkan status memasak fungsi yang telah dipilih, penunjuk « start » akan terus menyala dan skrin LED akan paparkan « -- ».
- Jika perlu praset masa, tekan kekunci « Preset » (Praset), skrin akan paparkan masa praset minima, skrin akan paparkan « 2 ». Kemudian tekan « + » dan « - » untuk memulakan masa praset; setiap kekunci « + » atau « - » menambah atau mengurangkan satu jam. Masa praset ialah dari 2 hingga 15 jam. Apabila anda telah memilih masa praset yang diperlukan, tekan kekunci « START » (MULA) untuk memasukkan status memasak, penunjuk « START » akan terus menyala dan skrin LED akan paparkan jumlah masa yang telah anda pilih.
- Setelah air kering dalam periuk, penggera akan berbunyi dua kali, « bip, bip », periuk akan mula mereneh dan skrin mula membilang bawah masa mereneh: 14 minit.
- Setelah mereneh, penggera akan berbunyi 5 kali, periuk masak akan memasuki status kekal hangat di mana penunjuk « warm » (hangat) akan menyala dan skrin akan paparkan « b ».
FUNGSI « QUICK/STEAMING » (CEPAT/MENGUKUS)
- Tekan kekunci « Menu » semasa status sedia untuk memilih fungsi « Quick/ Steaming » (Mengukus/Cepat) sehingga lampu penunjuk « Quick/ Steaming » (Mengukus/Cepat) menyala. Penunjuk « Start » (Mula) mula bekelip. Skrin LED paparkan « -- ».
- Jika tidak perlu praset masa, tekan kekunci « START » (MULA) untuk memasukkan status memasak fungsi yang telah dipilih, penunjuk « START » akan terus menyala dan skrin LED akan paparkan « -- ».
- Jika perlu praset masa, tekan kekunci «Preset » (Praset), skrin akan paparkan masa praset minima untuk fungsi « Quick Steaming » (Mengukus Cepat), skrin akan paparkan « 2 ». Kemudian tekan « + » dan « - » untuk memulakan masa praset; setiap kekunci « + » atau « - » menambahataumengurangkansatujam.Masaprasetialahdari2hingga 15 jam. Apabila anda telah memilih masa praset yang diperlukan, tekan kekunci « START » (MULA) untuk memasukkan status memasak, penunjuk « START » akan terus menyala dan skrin LED akan paparkan jumlah masa yang telah anda pilih.
- Setelah air kering dalam periuk, penggera akan berbunyi dua kali, « bip, bip », periuk akan mula mereneh dan skrin mula membilang bawah masa mereneh: 10 minit.
- Setelah mereneh, penggera akan berbunyi 5 kali, periuk masak akan memasuki status kekal hangat di mana penunjuk « warm » (hangat) akan menyala dan skrin akan paparkan « b ».
- Tekan kekunci « Menu » semasa status sedia untuk memilih fungsi « Congee » (Bubur) sehingga lampu penunjuk « Congee » (Bubur) menyala. Penunjuk « Start » (Mula) mula bekelip. Skrin LED paparkan « -- ».
- Jika tidak perlu praset masa, tekan kekunci « START » (MULA) untuk memasukkan status memasak fungsi yang telah dipilih, penunjuk « START » akan terus menyala dan skrin LED akan paparkan « -- ».
- Jika perlu praset masa, tekan kekunci «Preset » (Praset), skrin akan paparkan masa praset minima untuk fungsi « Congee » (Bubur), skrin akan paparkan « 2 ». Kemudian tekan « + » dan « - » untuk memulakan masa praset; setiap kekunci « + » atau « - » menambah atau mengurangkan satu jam. Masa praset ialah dari 2 hingga 15 jam. Apabila anda telah memilih masa praset yang diperlukan, tekan kekunci « START » (MULA) untuk memasukkan status memasak, penunjuk
« START » (MULA) akan terus menyala dan skrin LED akan paparkan jumlah masa yang telah anda pilih.
- Apabila masa memasak tinggal 40 minit, peralatan akan memasuki proses pengiraan turutan ke bawah sementara skrin akan mengira masa 40 minit itu.
- Pada masa akhir memasak, penggera akan berbunyi 5 kali, periuk masak akan memasuki status kekal hangat di mana kekunci « Warm » (Hangat) akan menyala dan skrin akan paparkan « b ».
MS
- Tekan kekunci « Menu » semasa status sedia untuk memilih fungsi « Brown Rice » (Beras Perang) sehingga lampu penunjuk « Brown Rice » (Beras Perang) menyala. Penunjuk « Start » (Mula) mula bekelip. Skrin LED akan paparkan « 90 » (yang bererti masa memasak fungsi « Brown Rice » (Beras Perang) ialah 90 minit).
- Jika tidak perlu praset masa, tekan penunjuk « START » (MULA) untuk memasukan status fungsi yang dipilih, penunjuk « START » (MULA) akan terus menyala dan skrin LED akan paparkan masa membilang bawah : 90 minit.
- Jika perlu praset masa, tekan kekunci « Preset »(Preset), skrin akan paparkan praset masa minima untuk fungsi « Brown Rice » (Beras Perang), skrin paparkan « 2 ». Kemudian tekan « + » dan « - » : setiap « + » atau « - » boleh menambah atau mengurangkan satu jam. Masa praset ialah dari 2 hingga 15 jam. Apabila anda telah memilih masa praset yang diperlukan, tekan kekunci « START » (MULA) untuk memasukkan status memasak, penunjuk « START » akan terus menyala dan skrin LED akan paparkan jumlah masa yang telah anda pilih.
- Pada masa akhir memasak, penggera akan berbunyi 5 kali, periuk masak akan memasuki status kekal hangat di mana kekunci « Warm » (Hangat) akan menyala dan skrin akan paparkan « b ».
- Tekan kekunci « Menu » semasa status sedia untuk memilih fungsi « Cake » (Kek) sehingga lampu penunjuk « Cake » (Kek) menyala. Penunjuk « Start » (Mula) mula berkelip. Skrin LED akan paparkan « -- ».
- Tekan penunjuk « START » (MULA) untuk memasukkan status fungsi yang dipilih, penunjuk « START » akan terus menyala dan skrin LED akan paparkan « -- ».
- Fungsi praset tidak ada untuk fungsi « Cake » (KEK).
- Pada masa akhir memasak, penggera akan berbunyi 5 kali, periuk masak akan memasuki status kekal hangat di mana kekunci « Warm » (Hangat) akan menyala dan skrin akan paparkan « b ».
- Tekan kekunci « Menu » semasa status sedia untuk memilih fungsi « Soup » (Sup) sehingga lampu penunjuk « Soup » (Sup) menyala. Penunjuk « Start » (Mula) mula bekelip. Skrin LED akan paparkan « 3 » (Masa memasak fungsi « Sup » ialah 3 jam).
- Jika tidak perlu praset masa, tekan penunjuk « START » (MULA) untuk memasukkan status fungsi yang dipilih, penunjuk « START » (MULA) akan terus menyala dan skrin LED akan paparkan masa « -- ».
- Jika perlu praset masa, tekan kekunci « Preset » (Praset), skrin akan paparkan praset masa minima untuk fungsi « Soup » (Sup), skrin paparkan « 4 ». Kemudian tekan « + » dan « - » : setiap « + » atau « - » boleh menambah atau mengurangkan satu jam. Masa praset ialah dari 4 hingga 15 jam. Apabila anda telah memilih masa yang diperlukan, tekan kekunci « START » (MULA) untuk memasukkan status memasak, penunjuk « START » akan terus menyala dan skrin LED akan paparkan jumlah masa yang telah anda pilih.
- Ada proses pengiraan turutan ke bawah selama 60 minit, sementara skrin akan mengira masa 60 minit ini.
- Pada masa akhir memasak, penggera akan berbunyi 5 kali, periuk masak akan memasuki status kekal hangat dengan kekunci « Warm » (Hangat) akan menyala dan skrin akan paparkan « b ».
- Tekan kekunci « Reheat » (Memanas semula) semasa status sedia untuk memilih fungsi « Reheat » (Memanas semula). Penunjuk « Reheat » akan menyala. Peralatan akan memasuki status memasak. Penunjuk « Start » (Mula) akan kekal menyala dan skrin LED akan paparkan masa « -- ».
- Di akhir masa memasak, penggera akan berbunyi 5 kali, periuk masak akan memasuki status kekal hangat di mana kekunci « Warm » (Hangat) akan menyala dan skrin akan paparkan « b ».
Pemanasan semula nasi basi boleh menyebabkan bau busuk.
- Sewaktu proses praset masa, anda boleh menekan kekunci « WARM/CANCEL » (HANGAT/BATAL) untuk membatalkan semua ketetapan dan pulang ke status sedia.
- Bagi setiap tekanan « + » dan « - », masa akan ditambah atau dikurangkan selama satu jam.
- Anda boleh praset masa memasak kepada maksima 15 jam.
- Masa praset ialah apabila proses memasak telah selesai. (termasuk waktu memasak).
FUNGSI « WARM/CANCEL » (HANGAT /BATAL)
- Tekan kekunci « Warm/cancel » (Hangat/batal) semasa status sedia dan periuk nasi secara automatik akan menghidupkan status « keep warm » (kekal hangat). Kekunci « WARM/cancel » (Hangat/batal) akan menyala. Skrin LED akan paparkan « b ».
- Masa maksima untuk menghangat ialah 24 jam dan peralatan akan secara automatik membatalkan menghangat selepas masa maksima 24 jam dan memasuki status sedia.
- Semua kekunci lain tidak berguna ketika periuk masak berada pada status « keep warm » (menghangat). Untuk memproses operasi lain, pengguna perlu menekan kekunci « WARM/cancel » (HANGAT/batal) untuk membatalkan arahan asal dan pulang ke status sedia.
- Jika tidak perlu menghangat setelah memasak, tekan kekunci « KEEP WARM/CANCEL » (HANGAT/BATAL) untuk membatalkan menghangat, tanggalkan kord kuasa dari saluran kuasa dan kemudian dari soket pada bahagian bawah periuk nasi dan keluarkan makanan dari periuk bahagian dalam.
Jangan gunakan fungsi « Hangat » untuk memanaskan semula makanan sejuk.
SETELAH SELESAI MEMASAK
- Buka penutup – Fig.1.
- Sarung tangan mesti digunakan apabila memanipulasi mangkuk masakan dan bakul kukus – Fig.12.
- Hidangkan makanan dengan menggunakan senduk plastik yang dibekalkan bersama-sama dengan peralatan dan tutup semula penutup.
-
Baki makanan yang berada di dalam mangkuk akan kekal panas untuk hidangan kedua dalam tempoh 24 jam.
-
Tekan kekunci « KEEP WARM/CANCEL » (HANGAT/BATAL) untuk membatalkan fungsi Hangat.
- Tanggalkan kord kuasa dari saluran kuasa.
MAKLUMAT PELBAGAI
- Beras mempunyai fungsi memori. Sekiranya berlaku putus bekalan, periuk nasi akan mengingati keadaan memasak sebelum kegagalan, dan akan terus proses memasak jika kuasa diteruskan dalam tempoh 2 saat. Jika putus bekalan lebih daripada 2 saat, periuk nasi akan membatalkan masakan sebelum ini dan pulang ke status tunggu sedia.
- Untuk memastikan kecekapan memasak baik, jangan buka penutup semasa proses memasak mengikut rawak.
MENCUCI DAN MENYELENGGARA
- Apabila meletakkan mangkuk di dalam mesin pencuci pinggan, berhati-hati supaya tidak merosakkan lapisan tidak lekat.
- Untuk mengekalkan kualiti saduran seramik mangkuk selama yang mungkin, adalah disarankan agar tidak memotong makanan di dalam mangkuk.
-
Pastikan anda meletakkan kembali mangkuk ke dalam periuk nasi.
-
Gunakan alatan memasak plastik atau kayu dan bukan yang diperbuat daripada keluli apabila mengacau atau menghidang makanan untuk mengelakkan permukaan mangkuk daripada sebarang kerosakan – Fig.15.
- Untuk mengelakkan mangkuk daripada berkarat, jangan masukkan cuka ke dalamnya.
- Warna permukaan mangkuk mungkin berubah selepas penggunaan kali pertama atau selepas digunakan untuk satu jangka masa tertentu. Perubahan warna ini adalah disebabkan oleh tindakbalas di antara wap dan air dan tidak akan mengakibatkan sebarang kesan terhadap penggunaan periuk nasi dan tidak membahayakan kesihatan. Ia masih selamat untuk digunakan.
Mencuci injap tekanan mikro
- Apabila membersihkan injap tekanan-mikro, keluarkannya dari tudung periuk – Fig.16 dan membukanya dengan memusing ke arah « open » (buka) – Fig.17a dan 17b. Setelah mencucinya, lap sehingga kering dan cantumkan kedua-dua bentuk tiga segi pada kedua bahagian dan pusingkan ke arah « close » (tutup), kemudian masukkan kembali pada tudung periuk nasi – Fig.18a dan 18b.
Mencuci dan menjaga bahagian-bahagian lain peralatan
- Tanggalkan plag peralatan sebelum mencuci.
- Bersihkan bahagian luar Periuk Nasi – Fig.19, bahagian dalam tudung periuk – Fig.14 dan kord dengan sehelai kain lembap dan lap sehingga kering. Jangan gunakan produk yang melelas.
- Jangan gunakan air untuk mencuci bahagian dalam peralatan kerana ia mungkin mengakibatkan kerosakan kepada sensor haba.
Peralatan anda mengandungi bahan berharga yang boleh didapati semuka atau dikitar semula.