C199 - 260 LG - Panduan pengguna gratis
Temukan panduan perangkat secara gratis C199 LG dalam format PDF.
Pertanyaan pengguna tentang C199 LG
0 pertanyaan tentang perangkat ini. Jawab yang Anda tahu atau ajukan milik Anda sendiri.
Ajukan pertanyaan baru tentang perangkat ini
Unduh instruksi untuk 260 dalam format PDF gratis! Temukan panduan Anda C199 - LG dan ambil kembali perangkat elektronik Anda. Di halaman ini diterbitkan semua dokumen yang diperlukan untuk penggunaan perangkat Anda. C199 merek LG.
PANDUAN PENGGUNA C199 LG
LG-C199 Panduan Pengguna
- Bahasa Melayu
Panduan ini akan membantu anda memahami telefon mudah alih anda yang baru. Ia akan menyediakan anda dengan penerangan berguna mengenai ciri pada telefon anda.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien ....4
Mengenali Telefon Anda ......10
Memasang SIM dan bateri .....12
Menggunakan kad Dwi SIM.....14
Kad memori ....15
Memanggil 17
Membuat panggilan .....17
Menjawab dan Menolak Panggilan ....17
Dailan cepat ....17
Permainan & aplikasi .....18
Log 18
Kamera 19
Kamera 19
Kamera Video 19
Album 19
Internet 19
SNS (Perkhidmatan rangkaian sosial) 20
Facebook 20
Twitter 20
Pemesejan 21
Pemesejan 21
Menghantar mesej......21
Memasukkan teks ......21
Mod input teks menggunakan pad kekunci 22
Muzik 23
Pemain MP3 23
Radio FM 23
E-Mel 25
Menghantar e-mel menggunakan akaun baru anda ....25
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
Sila baca garis panduan yang mudah ini. Tidak mengikut garis panduan ini mungkin merbahaya atau tidak sah.
Maklumat pendedahan gelombang radio dan Kadar Penyerapan Khusus (SAR) Model telefon mudah alih LG-C199 ini telah direka bentuk untuk mematuhi keperluan keselamatan yang dikenakan terhadap pendedahan kepada gelombang radio. Keperluan ini adalah berdasarkan garis panduan saintifik yang termasuk margin keselamatan yang direka bentuk untuk memastikan keselamatan semua orang tanpa mengira umur dan kesihatan.
- Garis panduan bagi pendedahan kepada gelombang radio menggunakan unit ukuran yang disebut sebagai Kadar Penyerapan Khusus, atau SAR. Ujian bagi SAR dijalankan menggunakan kaedah yang dipiawaikan dengan telefon memancarkan pada aras kuasa diperakui yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi.
Penjagaan dan penyelenggaraan produk

AMARAN: Hanya
- Jangan tanggalkan pemasangan unit ini. Bawa ia kepada juruteknik servis yang layak jika kerja pembaikan diperlukan.
- Pembaikian di bawah waranti, pada pilihan LG, termasuk bahagian gantian atau papan baru sama ada ianya baru atau dipulihkan, hanya jika sekiranya ia mempunyai fungsi yang sama seperti bahagian yang akan diganti.
- Jauhkan dari perkakas elektrik seperti TV, radio, dan komputer peribadi.
- Unit ini hendaklah dijauhkan daripada sumber haba seperti radiator atau dapur.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
- Pergi ke tepi jalan dan letak kereta sebelum membuat atau menjawab panggilan jika keadaan pemanduan memerlukan anda berbuat demikian.
- Tenaga RF mungkin menjejaskan sesetengah sistem elektronik di dalam kenderaan anda seperti stereo kereta dan kelengkapan keselamatan.
- Apabila kenderaan anda dilengkapi beg udara, jangan halangnya dengan kelengkapan wayarles yang dipasang atau yang mudah alih. la mungkin tidak berfungsi atau menyebabkan kecederaan serius disebabkan prestasi yang tidak betul.
- Jika anda mendengar muzik ketika bergerak dan berjalan, sila pastikan bahawa volumnya berada pada paras yang berpatutan agar anda sedar akan keadaan di sekeliling anda. Ini amat penting terutamanya semasa berhampiran dengan jalan.
Kerosakan kepada pendengaran anda boleh berlaku jika anda terdedah kepada bunyi yang kuat untuk tempoh yang lama. Kami dengan ini mengesyorkan agar anda tidak menghidupkan atau mematikan telefon mudah alih berhampiran dengan telinga anda. Kami juga mengesyorkan bahawa volum muzik dan panggilan ditetapkan pada paras yang berpatutan.
Jangan gunakan telefon di mana peletupan sedang dijalankan. Patuhi sekatan, dan ikuti sebarang peraturan yang dikenakan.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
- Matikan telefon mudah alih anda sebelum menaiki sebarang pesawat terbang.
- Jangan gunakannya semasa di dalam pesawat tanpa kebenaran anak kapal.
Kanak-kanak
Panggilan kecemasan mungkin tidak tersedia di bawah semua rangkaian mudah alih. Oleh itu, anda hendaklah tidak bergantung semata-mata pada telefon ini untuk panggilan kecemasan. Semak dengan pembekal khidmat tempatan anda.
- Anda tidak perlu menyahcas bateri sepenuhnya sebelum mengecasnya semula. Tidak seperti sistem bateri yang lain, tiada kesan memori yang boleh menjaskan prestasi bateri.
- Gunakan hanya bateri dan pengecas LG. Pengecas LG direka bentuk untuk memaksimumkan hayat bateri.
- Jangan buka pemasangan atau litar pintaskan pek bateri.
- Pastikan sesentuh logam pada pek bateri sentiasa bersih.
-
Ganti bateri apabila ia tidak lagi memberi prestasi yang boleh diterima. Pek bateri boleh dicas semula beratus-ratus kali sebelum ia perlu diganti.
-
Cas semula bateri jika ia tidak digunakan buat tempoh masa yang lama untuk memaksimumkan kebolehgunaan.
- Jangan dedahkan pengecas bateri kepada cahaya matahari langsung atau gunakannya pada kelembapan yang tinggi, seperti di bilik air.
- Jangan biarkan bateri di tempat yang panas atau sejuk, ini mungkin akan menjaskan prestasi bateri.
- Terdapat risikletupan jika bateri diganti dengan jenis yang salah.
- Lupuskan bateri yang telah digunakan mengikut arahan pengilang. Sila kitar semula yang mana mungkin. Jangan lupuskan sebagai sampah rumah yang biasa.
-
Jika anda hendak mengganti bateri, bawa ia ke pusat servis LG Electronics atau wakil penjual yang disahkan untuk mendapatkan bantuan.
-
Tanggalkan pengecas dari soket dinding selepas telefon dicas sepenuhnya untuk menjimatkan kuasa pengecas daripada penggunaan yang tidak perlu.
- Hayat sebenar bateri bergantung pada tatarajah rangkaian, tetapan produk, corak penggunaan, keadaan bateri dan alam sekitar.
- Pastikan tiada item berbucu tajam seperti kuku atau gigi haiwan, bersentuhan dengan bateri. Ini akan menyebabkan kebakaran.
Mengenali Telefon Anda
Cuping telinga telefon
LCD Utama
Kekunci Hantar
Kekunci Pertukaran SIM1 (pilihan SIM1 dan SIM2)
Kekunci abjad angka
- Masukkan simbol '+' untuk membuat panggilan antarabangsa.
- Sambungkan pusat mel suara.
Untuk - Dailan pantas.
- Mod SOS.
- Tekan dan tahan kekunci untuk mengaktif/nyahaktif mod senyap.
- Dalam mod mengedit: Masukkan nombor & aksara.

- Menghidupkan/mematikan (tekan dan tahan).
• Menamatkan atau menolak panggilan.
Kekunci Sah / Kekunci OK
- Memilih pilihan menu dan mengesahkan tindakan.
Kekunci Kunci / Suai
- Tekan pendek untuk mengakses Kekunci Suai.
- Tekan panjang untuk Kunci/Nyahkunci dalam mana-mana skrin.
Kekunci navigasi
• Dalam mod siap sedia:
Tekan Kekunci Navigasi Ke Atas: Widget ketika ia ditetapkan.
(Menu > Tetapan > Paparan > Skrin utama > Tetapan Widget)
Tekan Kekunci Navigasi Ke Bawah: Pemain MP3 Tekan Kekunci Navigasi Ke Kanan: Mesej Tekan Kekunci Navigasi Ke Kiri: Barangan saya
• Dalam menu: Tatal ke atas, bawah, kanan & kiri.


Memasang SIM dan bateri
1 Tanggalkan penutup belakang
Halakan penutup belakang ke atas.

Umpil pinggir atas bateri dan dengan berhati-hati keluarkannya dari petak bateri.

Luncurkan kad SIM ke dalam pemegang kad SIM. Pastikan kawasan sesentuh emas pada kad menghala ke bawah. Untuk mengeluarkan kad SIM, tariknya
dengan lembut dalam arah bertentangan.

Menggunakan kad Dwi SIM.
Mengaktifkan dan menukar kad SIM
Fungsi Menukar SIM membenarkan anda untuk memilih kad SIM lalai untuk panggilan atau mesej dalam Kenalan, log Panggilan dan kotak Mesej dalam mod siap sedia.
Kekunci Dwi SIM memudahkan anda menukar kad SIM apabila anda membuat panggilan, menghantar mesej dan lain-lain lagi.
Nota: Jika terdapat hanya satu kad SIM yang dipasang, kad SIM ini yang akan diaktifkan.
PETUA!
Contoh: Dalam fungsi seperti panggilan, pemesejan, buku telefon.
Kad memori
Memasang kad memori
Nota: Kad memori adalah aksesori pilihan.
AMARAN: Memori luaran
Mengeluarkan kad memori
Dengan berhati-hati, keluarkan kad memori dengan menolaknya dengan lembut ke dalam telefon dan cepat-cepat melepaskannya.
Memformatkan kad memori
Kad memori mungkin telah diformatkan. Jika memori tidak diformatkan, anda perlu memformatkannya sebelum anda boleh mula menggunakannya.
1 Pada skrin utama tekan Menu kemudian pilih Tetapan.
2 Pilih Peranti dan Maklumat memori. dan pilih Memori luaran.
3 Tekan Format dan masukkan kata laluan, yang ditetapkan kepada 0000 sebagai lalai. Kad anda akan diformat dan sedia untuk digunakan.
4 Untuk melihat folder yang baru diformat pada LG-C199 anda, tekan Menu dan pilih Barangan Saya. Tekan kekunci navigasi kanan dua kali untuk memilih kad memori.
Kad memori

AMARAN: Semasa anda memformatkan kad memori anda, semua kandungan yang ada di dalamnya akan hilang. Jika anda tidak mahu kehilangan data pada kad memori anda, buat sandaran terlebih dahulu.

AMARAN: Jangan
keluarkan kad MicroSD anda semasa pemindahan data.
Memanggil
Membuat panggilan
1 Pastikan telefon anda dihidupkan.
2 Anda boleh menggunakan pad kekunci. Untuk memadam digit tekan anak panah belakang.
3 Tekan untuk memulakan panggilan.
4 Untuk menamatkan panggilan, tekan .
PETUA! Untuk memasukkan + ketika membuat panggilan antarabangsa, tekan dan tahan 0.
1 Tekan Menu untuk membuka menu utama. Pilih Buku telefon.
2 Menggunakan pad kekunci, masukkan huruf pertama kenalan yang anda mahu panggil dan tatal ke Buku telefon.
3 Tekan untuk memulakan panggilan.
Menjawab dan Menolak Panggilan
Semasa telefon anda berbunyi, tekan untuk menjawab panggilan.
Tekan atau pilih Tolak untuk menolak panggilan masuk.
Nota: Dalam panggilan semasa pembesar suara diaktifkan, ikon pembesar suara dipaparkan dengan silang berwarna merah, apabila pembesar suara dinyahaktifkan, ikon pembesar suara dipaparkan tanpa silang berwarna merah.
Dailan cepat
Permainan & aplikasi Log
Semua log: Lihat senarai lengkap panggilan yang didail, diterima dan yang tidak dijawab, dan juga mesej yang dihantar dan diterima.
Log panggilan tidak dijawab: Lihat senarai sebarang panggilan yang tidak dijawab.
Navigation - Tatal ke atas atau bawah pada halaman web.
OK - Pilih item.
Back - Kembali ke halaman sebelumnya.
Options - Akses senarai pilihan penyemak imbas.
Nota: Ciri SNS adalah aplikasi intensif data. Kos tambahan akan dikenakan apabila menyambung dan menggunakan perkhidmatan dalam talian. Semak caj data dengan pembekal rangkaian anda.
Home: Log masuk dan anda akan melihat status kawan anda yang terkemas kini. Masukkan komen anda mengenai status baru atau untuk memeriksa yang lain. Pilih Pilihan untuk memilih Segar semula dan menu utama.
Twitter adalah perkhidmatan blog mikro yang membolehkan penggunanya menghantar dan membaca mesej yang dikenali sebagai tweet.
Nota: Sila pastikan Kemas kini auto dalam keadaan On (Hidup) sebelum menggunakan Aplikasi ini.
Pemesejan
Pemesejan
LG-C199 anda termasuk fungsi berkaitan SMS (Perkhidmatan Mesej Ringkas), MMS (Perkhidmatan Mesej Multimedia), di samping mesej perkhidmatan rangkaian.
Menghantar mesej
AMARAN: Imej, Bunyi, Video, Slaid, Subjek, Kad niaga, Jadual atau Profil saya ditambah pada editor mesej, ia akan ditukar secara automatik kepada mod MMS dan anda akan dikenakan caj yang sewajarnya.
Memasukkan teks
Anda boleh memasukkan aksara abjad angka dengan menggunakan pad kekunci telefon. Sebagai contoh, menyimpan nama dalam kenalan, menulis mesej dan membuat penjadualan peristiwa dalam kalendar semuanya memerlukan kemasukan teks. Kaedah input teks berikut tersedia di dalam telefon: Mod Abc, dan mod 123.
Nota: Sesetengah medan mungkin membenarkan hanya satu mod input (seperti nombor telefon dalam medan kenalan).
Pemesejan
Mod input teks menggunakan pad kekunci
Apabila anda mahu memasukkan teks, sebagai contoh semasa menulis mesej, pad kekunci akan lalai ke mod Abc. Jika anda ingin memasukkan nombor, contohnya semasa membuat panggilan, kekunci nombor pad kekunci akan lalai kepada nombor. Untuk memasukkan simbol kecil (seperti @) atau nombor (seperti 0) pada bahagian kanan atas kekunci, tekan kekunci Fn 📋. Tekan ia sekali hanya bagi huruf yang seterusnya, atau dua kali dengan pantas bagi semua huruf.
PETUA! Sambil melihat mesej yang diterima, tekan Options dan pilih Balas Pantas. Ini amat berguna jika anda perlu membalas mesej semasa mesyuarat.
1 Tekan Menu dan pilih Muzik, kemudian pilih Pemain MP3.
2 Pilih Semua lagu kemudian pilih lagu yang anda mahu mainkan. Pilih □.
3 Pilih untuk menjeda lagu.
4 Pilih▶Untuk melangkau ke lagu seterusnya.
5 Pilih untuk melangkau ke lagu sebelumnya.
PETUA! Untuk menukar volum sementara mendengar pada muzik, gunakan kekunci volum pada bahagian sisi kiri telefon anda.
Nota: Hak cipta fail muzik mungkin dilindungi dalam perjanjian antarabangsa dan undang-undang hak cipta nasional. Oleh itu, kebenaran atau lesen mungkin perlu diperoleh untuk mengeluarkan semula atau menyalin muzik. Dalam sesetengah negara, undang-undang nasional melarang penyalinan persendirian bahan hak cipta. Sebelum memuat turun atau menyalin fail, sila semak perundangan nasional negara yang berkaitan mengenai penggunaan bahan sedemikian.
Radio FM
1 Tekan Menu, pilih Muzik dan pilih Radio FM.
2 Pilih nombor saluran stesen yang anda mahu dengar.
Merakam Radio
PETUA! Untuk mengkonfigurasi tetapan rakaman anda seperti memori yang disimpan, jenis rakaman atau pra-rakaman, tekan Pilihan dan pilih Tetapan Rakaman.
E-Mel
Menghantar e-mel menggunakan akaun baru anda
Untuk menghantar/menerima e-mel, anda hendaklah menyediakan akaun e-mel terlebih dahulu.
1 Tekan Menu, pilih E-mel dan pilih akaun yang hendak anda gunakan.
2 Daripada Pilihan pilih Tulis e-mel dan tetingkap e-mel baru akan terbuka.
3 Masukkan alamat dalam medan Kepada kemudian Tulis baris perkara dan tekan kekunci navigasi.
4 Masukkan mesej anda menggunakan pad kekunci kemudian tekan Hantar untuk menghantar e-mel.
Kepunyaan saya
1 Tekan Menu dan pilih Buku telefon.
2 Menggunakan pad kekunci, memasukkan huruf pertama nama kenalan yang anda ingin panggil.
3 Untuk menatal melalui kenalan dan nombor mereka yang berlainan gunakan kekunci navigasi.
Tambah Kenalan Baru
1 Tekan Menu dan pilih Alat, kemudian pilih Menu cepat.
2 Tekan Tambah dan pilih menu yang hendak anda dekati dengan cepat.
Pengatur
Pilihan ini membenarkan anda menggunakan fungsi jam randik.
Penukar unit
Anda boleh memilih kad SIM lalai bagi panggilan atau mesej dalam Kenalan, Log panggilan dan Message box.
Profil
Flight mode: Mod penerbangan tidak akan membenarkan anda membuat panggilan, menyambung kepada internet atau menghantar mesej.
Peranti
Tarikh dan masa: Pilih Kemaskini auto On, dan telefon akan mengemas kini tarikh dan masa secara automatik.
Bahasa: Tukar bahasa paparan LG-C199 anda.
Kunci kekunci auto: Kunci pad kekunci secara automatik dalam skrin siap sedia.
Keselamatan: Tukar tetapan keselamatan anda untuk memastikan LG-C199 anda dan maklumat penting yang terkandung di dalamnya adalah dilindungi.
Bluetooth: Sediakan LG-C199 anda untuk menggunakan Bluetooth. Anda boleh menyesuaikan keterlihatan anda kepada peranti lain atau mencari melalui peranti yang diperpasang dengan telefon anda.
NOTA: Perpasangkan LG-C199 dengan mana-mana peranti yang menyokong versi BT 2.0 dan ke atas, kemudian kod laluan tidak akan ditanya, kerana kod laluan dijana secara automatik. Pasangkan LG-C199 dengan mana-mana peranti yang menyokong versi BT yang lebih rendah seperti 1.2 dsb, kemudian kod laluan akan ditanya.
Aplikasi PC “LG PC Suite IV” boleh dimuat turun dari laman web LG.
1 Pergi ke www.lg.com dan pilih negara pilihan anda.
2 Pergi ke Support > Mobile Phone Support > Pilih Model (LG-C199).
3 Klik PC Sync daripada Muat turun, dan klik WINDOWS PC Sync Download untuk memuat turun aplikasi PC “LG PC Suite IV”.
Untuk maklumat lanjut tentang menggunakan fungsi ini, sila lawati http://update.lgmobile.com atau http://www.lg.com/common/index.jsp → pilih negara.
PETUA! Melihat kandungan telefon anda pada PC anda membantu anda menyusun fail, mengatur dokumen dan mengalih keluar kandungan yang tidak lagi anda perlukan.
Aksesori
Pelbagai aksesori tersedia untuk telefon mudah alih anda. Ini diterangkan secara terperinci di bawah.
Pengecas Bateri

Kabel data Panduan Pengguna

- Anda hendaklah mengg unakan aksesori LG yang tulen pada setiap masa.
- Kegagalan untuk berbuat demikian mungkin akan mentaksahkan waranti anda.
- Aksesori mungkin berlainan di wilayah yang berlainan. Sila berhubung dengan syarikat atau ejen perkhidmatan wilayah kami untuk pertanyaan lanjut.
Data Teknikal
Suhu Sekitar
Maks.: +55°C (menyahcas)+45°C (mengecas)
Min.: -10°C
| Simptom Sebab yang mungkin | Langkah Pembetulan yang Mungkin | |
| Telefon tidak dapat dihidupkan | Kekunci Hidup/Mati ditekan tidak cukup lama. | Tekan kekunci On/Off sekurang-kurangnya dua saat. |
| Bateri tidak dicas. | Caskan bateri. Periksa penunjuk pengecasan pada paparan. | |
| Sesentuh bateri adalah kotor. | Bersihkan sesentuh bateri. | |
| Ralat pengecasan | Bateri benar-benar habis. | Caskan bateri. |
| Masalah sentuhan. | Periksa bekalan kuasa dan sambungan kepada telefon. Periksa sesentuh bateri, bersihkannya jika perlu. | |
| Tiada kuasa daripada alur keluar. | Pasangkan pada soket yang berbeza atau periksa voltan. | |
| Pengecas rosak. | Uji dengan pengecas lain. | |
| Pengecas yang salah. | Hanya gunakan aksesori LG yang tulen. | |
| Bateri rosak. | Ganti bateri. | |
| Sambungan rangkaian terputus. | Isyarat terlalu lemah. Menyambung semula kepada pembekal khidmat lain jika mod rangkaian adalah automatik. | |
| Nombor tidak dibenarkan | Fungsi Nombor Dailan Tetap dalam keadaan hidup. | Periksa menu Tetapan dan matikan fungsi. |