Blendforce 2 LM439D - Robot dapur MOULINEX - Manual pengguna percuma
Cari manual peranti secara percuma Blendforce 2 LM439D MOULINEX dalam format PDF.
| Jenis Produk | Pemproses Makanan |
| Jenama | Moulinex |
| Model | Blendforce 2 LM439D |
| Kuasa | 800 W |
| Voltan | 220-240 V ~ 50-60 Hz |
| Kapasiti Mangkuk Utama | 2 L |
| Kapasiti Jag Pengisar | 1.5 L |
| Dimensi (L x D x T) | 30 x 25 x 25 cm |
| Berat | 4.2 kg |
| Bahan | Badan plastik, bilah keluli tahan karat |
| Fungsi | Mencincang, mengisar, mencampur, menguli, mengemulsi |
| Tetapan Kelajuan | 2 kelajuan + denyut |
| Aksesori Termasuk | Jag pengisar, bilah pencincang, cangkuk doh, pemukul, spatula |
| Ciri Keselamatan | Kunci keselamatan pada penutup, kaki anti-gelincir, perlindungan beban lampau |
| Bahagian Selamat Mesin Basuh Pinggan | Mangkuk, penutup, jag pengisar, aksesori (kecuali tapak motor) |
| Panjang Kord | 1.2 m |
| Waranti | 2 tahun |
| Penggunaan Yang Dimaksudkan | Hanya untuk kegunaan dalam rumah, ketinggian bawah 2000 m |
| Kebolehbaikan | Hubungi pusat servis sah untuk alat ganti dan pembaikan |
Soalan yang kerap ditanya - Blendforce 2 LM439D MOULINEX
Soalan pengguna tentang Blendforce 2 LM439D MOULINEX
0 soalan tentang peranti ini. Jawab yang anda tahu atau tanya soalan anda sendiri.
Tanya soalan baru tentang peranti ini
Muat turun arahan untuk Robot dapur dalam format PDF secara percuma! Cari manual anda Blendforce 2 LM439D - MOULINEX dan ambil semula peranti elektronik anda. Di halaman ini diterbitkan semua dokumen yang diperlukan untuk penggunaan peranti anda. Blendforce 2 LM439D jenama MOULINEX.
MANUAL PENGGUNA Blendforce 2 LM439D MOULINEX
perkhidmatan yang diluluskan (sila lihat senarai dalam buku panduan).
- Segala perkhidmatan selain daripada pembersihan dan penyelenggaraan biasa oleh pelanggan mesti dilakukan di pusat perkhidmatan yang diluluskan.
- Jangan gunakan perkakas ini untuk mengadun atau mengisarkan bahan-bahan lain selain daripada bahan makanan.
- Jangan sekali-kali menggunakan mangkuk pengisar tanpa bahan-bahan atau dengan hanya adanya bahan mentah pepejal.
- Sentiasa tuangkan bahan-bahan cecair terlebih dahulu ke dalam mangkuk pengisar sebelum menambahkan bahan pepejal.
- Jangan menggunakan mangkuk pengisar atau aksesori (mengikut model) sebagai bekas biasa untuk pengawetan, pembekuan, memasak atau pensterilan.
- Untuk mengelakkan limpahan, jangan penuhkan mangkuk sehingga melebihi tahap maksimum yang dinyatakan.
- Jangan sentuh bahagian-bahagian perkakas yang sedang bergerak (pisau...dll.).
- Pisau-pisau pada bekas pengisar dan aksesori-aksesori (mengikut model) adalah sangat tajam: sila kendalikan dengan berhati-hati semasa mengkosongkan mangkuk pengisar, semasa memasang atau menanggalkan pisau pada mangkuk pengisar (mengikut model) atau aksesori-aksesori (mengikut model) dan semasa pencucian.
- Jangan sekali-kali letakkan jari anda atau sebarang objek yang tidak sepatutnya ke dalam mangkuk pengisar semasa perkakas sedang berfungsi.
- Jangan sekali-kali menanggalkan penutup dan/atau mangkuk pengisar semasa perkakas sedang berjalan dan sebelum perkakas dimatikan.
-
Sentiasa gunakan pengisar bersama-sama dengan penutup.
-
Gunakan pengisar anda pada permukaan mendatar, bersih dan kering.
- Jangan letakkan perkakas, kabel atau plag dalam air atau sebarang bahan cecair yang lain.
- Jauhkan kabel kuasa daripada kanak-kanak.
- Jangan sekali-kali meletakkan kabel kuasa berdekatan atau bersentuhan dengan bahagian-bahagian panas perkakas anda, berdekatan dengan sumber haba atau pada sudut tirus atau di dalam mangkuk pengisar bersentuhan dengan pisau-pisau.
- Jangan biarkan kabel kuasa bersentuhan dengan bahagian-bahagian perkakas yang bergerak (pisau pengisar) semasa digunakan.
- Jangan menanggalkan kabel kuasa daripada sumber elektrik dengan menarik kabel.
- Jangan biarkan rambut panjang, selendang, tali leher dll. Berdekatan dengan perkakas atau aksesori semasa mesin berjalan.
- Jika kabel kuasa atau plag rosak, jangan menggunakan perkakas. Untuk mengelakkan daripda bahaya, dapatkan bantuan pusat perkhidmatan yang diluluskan (sila lihat senarai dalam buku panduan) untuk menggantikan bahagian-bahagian yang rosak.
- Untuk keselamatan anda, jangan gunakan aksesori dan bahagian-bahagian daripada mesin lain pada perkakas anda.
- Berhati-hati apabila bahan makanan cecair panas dituang ke dalam mangkuk atau pengadun kerana cecair panas tersebut mungkin boleh diusir keluar secara berbahaya semasa perkakas beroperasi.
- Jangan tuangkan bahan cecair mendidih (melebihi 80°C/176°F) ke dalam mangkuk pengisar atau aksesori-aksesori (mengikut model).
- Perkakas ini tidak sepatutnya digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya secara fizikal, deria atau mental, atau oleh orang yang tidak mempunyai pengetahuan atau pengalaman mengenai penggunaan perkakas, kecuali jika mereka
berada di bawah pengawasan atau mereka terlebih dahulu telah menerima arahan yang berkaitan dengan penggunaan perkakas daripada orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak mesti diawasi supaya mereka tidak bermain dengan perkakas.
- Jangan biarkan kanak-kanak menggunakan perkakas tanpa pengawasan.
-
Perkakas Ini direka untuk kegunaan domestic sahaja.la tidak bertujuan untuk digunakan dalam persekitaran berikut, di mana jaminan tidak akan diguna pakai:
-
Kawasan dapur di kedai, pejabat dan lain-lain persekitaran.
- Di kawasan dapur hanya untuk kakitangan di kedai, pejabat dan lain-lain persekitaran profesional.
-Rumahladang.
- Oleh pelanggan di hotel, motel dan lain-lain tempat penginapan.
- Tutup perkakas dan tanggalkan daripada plag sebelum menukar aksesori atau mengendalikan bahagian-bahagian yang bergerak semasa beroperasi.
- Sila rujuk kepada buku panduan untuk melaraskan kelajuan dan masa setiap aksesori.
- Sila rujuk kepada buku panduan untuk memasangkan dan meletakkan aksesori-aksesori pada perkakas.
- Rujukkan buku panduan untuk melaksanakan pembersihan kali pertama dan pembersihan biasa bagi bahagian-bahagian yang bersentuhan dengan bahan makanan, selain untuk pembersihan dan penyelenggaraan perkakas anda.
PASARAN EROPAH SAHAJA
- Perkakas ini tidak sepatutnya digunakan oleh kanak-kanak. Jauhkan perkakas dan kabel kuasa daripada jangkauan kanak-kanak.
- Kanak-kanak tidak boleh bermain dengan perkakas.
- Perkakas ini boleh digunakan oleh orang yang kurang upaya secara fizikal, deria atau mental, atau oleh orang yang tidak mempunyai pengetahuan atau pengalaman mengenai penggunaan perkakas, sekiranya mereka berada di bawah pengawasan atau mereka terlebih dahulu telah menerima arahan yang berkaitan dengan penggunaan perkakas dan mereka sedar mengenai risiko-risiko bahaya.

Perkakas anda mengandungi beberapa jenis bahan berharha atau yang boleh dikitar semula. Kumpulkan di tempat pengumpulan khas untuk rawatan yang sesuai.
رَيْتِ