MOULINEX Blendforce LM430810 - Pengisar

Blendforce LM430810 - Pengisar MOULINEX - Manual pengguna percuma

Cari manual peranti secara percuma Blendforce LM430810 MOULINEX dalam format PDF.

📄 120 halaman Melayu MS Muat turun 💬 Soalan AI 10 soalan ⚙️ Spesifikasi
Notice MOULINEX Blendforce LM430810 - page 109
Pick your language and provide your email: we'll send you a specifically translated version.
Jenis produk Pengisar
Jenama Moulinex
Model Blendforce LM430810
Dimensi (P x L x T) Kira-kira 20 x 18 x 40 cm
Berat Kira-kira 2 kg
Bekalan kuasa 220-240 V, 50/60 Hz
Kuasa 600 W
Kapasiti mangkuk 1.5 L
Kelajuan 2 kelajuan + fungsi denyut
Fungsi utama Mengadun, mengadun, mencincang, mengemulsi
Bahan Mangkuk plastik, pisau keluli tahan karat
Panjang kabel Kira-kira 1 m
Keselamatan Penguncian keselamatan jika mangkuk tidak diletakkan dengan betul, kaki anti-gelincir
Penjagaan dan pembersihan Mangkuk dan penutup boleh dibasuh dalam mesin basuh pinggan mangkuk; pisau dibersihkan dengan tangan
Suhu maksimum cecair 80 °C (jangan tuang cecair mendidih)
Penggunaan Hanya untuk kegunaan domestik, di dalam rumah, ketinggian < 2000 m
Alat ganti dan kebolehbaikan Aksesori dan alat ganti yang sesuai boleh didapati dari pusat khidmat yang diiktiraf
Waranti Tertakluk kepada pematuhan manual pengguna
Maklumat am Baca manual dengan teliti sebelum digunakan

Soalan yang kerap ditanya - Blendforce LM430810 MOULINEX

Bagaimana menggunakan pengisar Moulinex Blendforce LM430810?
Letakkan dahulu bahan cecair ke dalam mangkuk, kemudian tambah bahan pejal. Tutup penutup, pasangkan alat dan pilih kelajuan yang dikehendaki (1, 2 atau denyut). Jangan melebihi paras maksimum yang ditunjukkan.
Makanan apa yang boleh saya kisar dengan pengisar ini?
Anda boleh mengisar buah, sayur, sup sejuk, smoothie, sos dan puree. Elakkan makanan yang sangat keras atau kering tanpa cecair.
Bolehkah mengisar cecair panas?
Ya, tetapi suhu tidak boleh melebihi 80 °C untuk mengelakkan percikan atau didihan secara tiba-tiba. Biarkan sejuk sedikit sebelum mengisar.
Bagaimana membersihkan pengisar?
Cabutkan palam alat. Basuh mangkuk dan penutup dalam mesin basuh pinggan mangkuk atau dengan air sabun. Pisau sangat tajam, bersihkan dengan berhati-hati menggunakan tangan. Lap tapak dengan kain lembap.
Bolehkah mangkuk dan penutup dimasukkan ke dalam mesin basuh pinggan mangkuk?
Ya, mangkuk dan penutup boleh dimasukkan ke dalam mesin basuh pinggan mangkuk. Letakkannya di rak atas untuk mengelakkan ubah bentuk.
Apa yang perlu dilakukan jika pengisar tidak berfungsi?
Periksa sama ada mangkuk diletakkan dengan betul pada tapak, penutup ditutup dengan rapat dan alat dipasang. Jika masalah masih berlaku, hubungi pusat khidmat yang diiktiraf.
Bagaimana menukar pisau pengisar?
Pisau tidak direka untuk ditukar oleh pengguna. Sekiranya rosak, gantikan keseluruhan mangkuk atau hubungi pusat khidmat yang diiktiraf.
Bolehkah saya mengisar makanan pejal tanpa cecair?
Tidak, sentiasa tuang cecair terlebih dahulu untuk mengelakkan kerosakan pada pisau dan enjin terlalu panas. Makanan pejal sahaja boleh menyekat alat.
Apakah jaminan untuk Moulinex Blendforce LM430810?
Jaminan terpakai untuk kegunaan domestik mengikut manual. Ia terbatal jika digunakan secara komersial, penyalahgunaan atau pembaikan tidak diiktiraf.
Di mana boleh mendapatkan alat ganti atau aksesori?
Pergi ke pusat khidmat yang diiktiraf Moulinex. Gunakan hanya aksesori dan alat ganti yang sesuai dengan model anda untuk menjamin keselamatan.

Soalan pengguna tentang Blendforce LM430810 MOULINEX

0 soalan tentang peranti ini. Jawab yang anda tahu atau tanya soalan anda sendiri.

Tanya soalan baru tentang peranti ini

E-mel kekal peribadi: ia hanya digunakan untuk memberitahu anda jika seseorang menjawab soalan anda.

Belum ada soalan. Jadilah yang pertama bertanya.

Muat turun arahan untuk Pengisar dalam format PDF secara percuma! Cari manual anda Blendforce LM430810 - MOULINEX dan ambil semula peranti elektronik anda. Di halaman ini diterbitkan semua dokumen yang diperlukan untuk penggunaan peranti anda. Blendforce LM430810 jenama MOULINEX.

MANUAL PENGGUNA Blendforce LM430810 MOULINEX

perkhidmatan yang diluluskan (sila lihat senarai dalam buku panduan).

- Segala perkhidmatan selain daripada pembersihan dan penyelenggaraan biasa oleh pelanggan mesti dilakukan di pusat perkhidmatan yang diluluskan.

- Jangan gunakan perkakas ini untuk mengadun atau mengisarkan bahan-bahan lain selain daripada bahan makanan.

- Sentiasa tuangkan bahan-bahan cecair terlebih dahulu ke dalam mangkuk pengisar sebelum menambahkan bahan pepejal.

- Untuk mengelakkan limpahan, jangan penuhkan mangkuk sehingga melebihi tahap maksimum yang dinyatakan.

- Jangan sentuh bahagian-bahagian perkakas yang sedang bergerak (pisau...dll.).

  • Gunakan pengisar anda pada permukaan mendatar, bersih dan kering.
  • Jangan letakkan perkakas, kabel atau plag dalam air atau sebarang bahan cecair yang lain.
  • Jauhkan kabel kuasa daripada kanak-kanak.
  • Jangan sekali-kali meletakkan kabel kuasa berdekatan atau bersentuhan dengan bahagian-bahagian panas perkakas anda, berdekatan dengan sumber haba atau pada sudut tirus atau di dalam mangkuk pengisar bersentuhan dengan pisau-pisau.
  • Jangan biarkan kabel kuasa bersentuhan dengan bahagian-bahagian perkakas yang bergerak (pisau pengisar) semasa digunakan.
  • Jangan menanggalkan kabel kuasa daripada sumber elektrik dengan menarik kabel.
  • Jangan biarkan rambut panjang, selendang, tali leher dll. Berdekatan dengan perkakas atau aksesori semasa mesin berjalan.
  • Jika kabel kuasa atau plag rosak, jangan menggunakan perkakas. Untuk mengelakkan daripda bahaya, dapatkan bantuan pusat perkhidmatan yang diluluskan (sila lihat senarai dalam buku panduan) untuk menggantikan bahagian-bahagian yang rosak.
  • Untuk keselamatan anda, jangan gunakan aksesori dan bahagian-bahagian daripada mesin lain pada perkakas anda.
  • Berhati-hati apabila bahan makanan cecair panas dituang ke dalam mangkuk atau pengadun kerana cecair panas tersebut mungkin boleh diusir keluar secara berbahaya semasa perkakas beroperasi.
  • Jangan tuangkan bahan cecair mendidih (melebihi 80°C/176°F) ke dalam mangkuk pengisar atau aksesori-aksesori (mengikut model).
  • Perkakas ini tidak sepatutnya digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya secara fizikal, deria atau mental, atau oleh orang yang tidak mempunyai pengetahuan atau pengalaman mengenai penggunaan perkakas, kecuali jika mereka

berada di bawah pengawasan atau mereka terlebih dahulu telah menerima arahan yang berkaitan dengan penggunaan perkakas daripada orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.

  • Kanak-kanak mesti diawasi supaya mereka tidak bermain dengan perkakas.
  • Jangan biarkan kanak-kanak menggunakan perkakas tanpa pengawasan.
  • Perkakas Ini direka untuk kegunaan domestic sahaja.la tidak bertujuan untuk digunakan dalam persekitaran berikut, di mana jaminan tidak akan diguna pakai:

  • Kawasan dapur di kedai, pejabat dan lain-lain persekitaran.

  • Di kawasan dapur hanya untuk kakitangan di kedai, pejabat dan lain-lain persekitaran profesional.

-Rumahladang.

- Oleh pelanggan di hotel, motel dan lain-lain tempat penginapan.

- Tutup perkakas dan tanggalkan daripada plag sebelum menukar aksesori atau mengendalikan bahagian-bahagian yang bergerak semasa beroperasi.

- Sila rujuk kepada buku panduan untuk melaraskan kelajuan dan masa setiap aksesori.

- Sila rujuk kepada buku panduan untuk memasangkan dan meletakkan aksesori-aksesori pada perkakas.

- Rujukkan buku panduan untuk melaksanakan pembersihan kali pertama dan pembersihan biasa bagi bahagian-bahagian yang bersentuhan dengan bahan makanan, selain untuk pembersihan dan penyelenggaraan perkakas anda.

PASARAN EROPAH SAHAJA

- Perkakas ini tidak sepatutnya digunakan oleh kanak-kanak. Jauhkan perkakas dan kabel kuasa daripada jangkauan kanak-kanak.

  • Kanak-kanak tidak boleh bermain dengan perkakas.
  • Perkakas ini boleh digunakan oleh orang yang kurang upaya secara fizikal, deria atau mental, atau oleh orang yang tidak mempunyai pengetahuan atau pengalaman mengenai penggunaan perkakas, sekiranya mereka berada di bawah pengawasan atau mereka terlebih dahulu telah menerima arahan yang berkaitan dengan penggunaan perkakas dan mereka sedar mengenai risiko-risiko bahaya.

MOULINEX Blendforce LM430810 - PASARAN EROPAH SAHAJA - 1

Perkakas anda mengandungi beberapa jenis bahan berharha atau yang boleh dikitar semula. Kumpulkan di tempat pengumpulan khas untuk rawatan yang sesuai.

• ي

Isi kandungan Klik pada tajuk untuk mengaksesnya
Pembantu manual
Dikuasakan oleh Anthropic
Menunggu mesej anda
Maklumat produk

Jenama : MOULINEX

Model : Blendforce LM430810

Kategori : Pengisar