DH-3MP2 - 46 PANASONIC - Panduan pengguna gratis
Temukan panduan perangkat secara gratis DH-3MP2 PANASONIC dalam format PDF.
Pertanyaan pengguna tentang DH-3MP2 PANASONIC
0 pertanyaan tentang perangkat ini. Jawab yang Anda tahu atau ajukan milik Anda sendiri.
Ajukan pertanyaan baru tentang perangkat ini
Unduh instruksi untuk 46 dalam format PDF gratis! Temukan panduan Anda DH-3MP2 - PANASONIC dan ambil kembali perangkat elektronik Anda. Di halaman ini diterbitkan semua dokumen yang diperlukan untuk penggunaan perangkat Anda. DH-3MP2 merek PANASONIC.
PANDUAN PENGGUNA DH-3MP2 PANASONIC
PEMBERITAHUAN PENTING
Penggunaan dan Pemasangan ini dan pastikan mendaftar jaminan ini di www.panasonic.com.my IMPORTANT NOTICE
(termasuk Panduan Pemasangan) 2 - 11
ENGLISH
Terima kasih kerana memilih Pancuran Mandi Elektrik Panasonic. Produk ini hanya untuk kegunaan di rumah sahaja. Sila baca semua arahan ini dengan teliti demi keselamatan dan penggunaan yang optimum dan simpan Panduan Penggunaan ini di tempat yang selamat untuk rujukan di masa hadapan.
Sila patuhi sepenuhnya
Sila baca langkah-langkah keselamatan berikut dengan teliti sebelum menggunakan produk:
Penunjuk ini memberi amaran tentang kematian atau kecederaan parah.

PERHATIAN
Penunjuk ini memberi amaran tentang kecederaan pengguna atau kerosakan harta benda.
Simbol ini (dengan latar belakang putih) menunjukkan perbuatan yang DILARANG.


Simbol ini (dengan latar belakang hitam) menunjukkan perbuatan yang WAJIB DILAKUKAN.

AMARAN

Jangan gunakan unit ini sekiranya anda mendapati sebarang kerosakan atau keadaan luar biasa berlaku dan pastikan Pemutus Litar Elektrik berada dalam keadaan "OFF". (Risiko berasap/kebakaran/kejutan elektrik/melecur)
• Ganton • Bau sesuatu terbakar atau asap keluar semasa kendalian. kerosakan Penutup Set/Penutup Belakang berubah bentuk atau panas yang luar biasa. keadaan rular biasa • Suhu air pancuran menjadi terlalu panas dan tidak dapat di kawal dengan menggunakan Tombol Kawalan Kuasa. Sila hubungi wakil penjual anda dengan segera untuk penyenggaraan/pembaikian.

Unit ini perlu dibumikan.
Semasa berlaku kilat/petir, matikan Pemutus Litar Elektrik terlebih dahulu untuk melindungi Unit Pancuran Mandi anda dari sebarang kerosakan.

Setiap kali pancuran air dimulakan, periksa suhu air dengan tangan sebelum mandi.

Semasa Pancuran Air Mandi digunakan oleh golongan seperti kanak-kanak, orang tua, orang sakit dan orang cacat anggota, orang yang mendampingi mereka adalah dinasihatkan supaya memeriksa suhu pancuran dengan tangan dari semasa ke semasa.

Beri perhatian kepada suhu pancuran apabila mengurangkan pengaliran air. Suhu pancuran akan menjadi sangat panas sekiranya pengaliran air terlalu rendah.

Produk ini tidak boleh digunakan oleh pengguna (termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi fizikal atau mental, atau kekurangan pengalaman dan pengetahuan, kecuali diberikan arahan atau panduan tentang produk oleh pihak yang bertanggungjawab terhadap keselamatan mereka. Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak bermain dengan produk.

- Jika Tuas Set Semula ELB tidak boleh berfungsi walaupun anda tolak ia ke atas atau Tuas Set Semula ELB terus menggelongsor ke bawah semasa kendalian, jangan gunakan Unit tersebut dan sila hubungi wakil penjual dengan segera. Jangan mengikat Tuas Set Semula ELB secara paksa dengan pita pelekat dan sebagainya.

- Jangan sembur air pada unit, atau meletakkan tuala basah di atasnya bagi mengelakkan dari bersentuh dengan bahagian hidup untuk menghalang dari bahaya berasap, nyalaan api, kebakaran dan kejutan elektrik.

Kepala Pancuran

Hos Pancuran

Jangan gunakan benzena, pencair, agen pelentur dan sebagainya untuk pembersihan bagi mengelakkan bahaya berasap, nyalaan api, kebakaran dan kejutan elektrik.


- Jangan sekat Kepala Pancuran dengan tangan, tuala atau melenturkan Hos Pancuran. Kadar aliran air akan menurun dan suhu air akan menjadi sangat panas.


- Jangan rosakkan lubang pada Penutup Kepala Pancuran semasa pembersihan. Pelapik Getah hendaklah dipasangkan pada bahagian Kepala Pancuran sebelum Penutup Kepala Pancuran dipasangkan balik pada Kepala Pancuran. Jangan keluarkan bahagian-bahagian selain daripada Penutup Kepala Pancuran dan Pelapik Getah.
Kepala Pancuran

- AKSESORI
| Penerangan: | Barangan: | ||
Set Kepala Pancuran | Kepala Pancuran (1 set) | ||
Set Penyangkut Pancuran | Hos Pancuran (1 set) | X 2Pemegang Batang Gelongsor (2 set) | Penyangkut Kepala Pancuran (1 set) |
Set Pemasangan | ![]() | X 2 X 6X 6Pelapik Getah (2 keping) Skru (6 batang)Palam Dinding (6 batang) | ![]() |
Set Unit Badan Penapis | Unit Badan Penapis (1 set) | Pelapik Getah (1 keping) | Lampiran Amaran Unit Badan Penapis (1 helai) |
Batang Gelongsor | Batang Gelongsor (1 batang) | ||
CARA-CARA MENGGUNAKAN PANCURAN MANDI ELEKTRIK
1. CARA-CARA MENGGUNAKANNYA
- Buka Injap air utama.
- Hidupkan Pemutus Litar Elektrik (MCB) dan Suis ON/OFF DP (dwikutub).
- Tolak ke atas Tuas Set Semula ELB sekiranya ia berada pada kedudukan bawah.
-
Laraskan Tombol Isipadu Air mengikuti arah jam.
-
Putaran tombol mengikuti arah jam akan meningkatkan pengaliran air dan seterusnya menurunkan suhu air.
-
Putaran tombol mengikuti arah lawan jam akan mengurangkan pengaliran air dan seterusnya meningkatkan suhu air.
-
Tekan Tuas On-Off, air akan mula mengalir dari Kepala Pancuran dan Lampu ELB berwarna merah akan menyala.
-
Tekan sekali lagi untuk menghentikan pancuran (kedudukan Tuas On-Off adalah sama).
- Tuas ini mengawal kedua-dua bekalan air dan elektrik kepada set.
- Laraskan pada tahap pancuran yang diingini dengan memutarkan Tombol Isipadu Air dan Tombol Kawalan Kuasa. Setelah itu kendalian akan mudah dilakukan dengan hanya menekan Tuas On-Off.

PERHATIAN

Untuk memastikan ketahanan Pam, Tuas On-Off mestilah ditekan setiap kali sebelum dan selepas mandi. Tuas On-Off hendaklah ditekan sahaja. Jangan tarik Tuas On-Off.

ELB: Keadaan ON

ELB: Keadaan OFF

- Penetapan suhu
-
Pilih jenis pancuran yang dikehendaki dengan Butang Pemilih Pancuran. Tekan butang sepenuhnya.
-
Kepala Pancuran boleh diubah pada pelbagai kedudukan.
(a) Longgarkan Tombol Penyangkut Pancuran untuk melaraskan Penyangkut Pancuran ke atas atau ke bawah. Ketatkan semula Tombol Penyangkut Pancuran.
(b) Longgarkan Tombol Penyangkut Pancuran dan Penyangkut Pancuran boleh diubah ke kiri atau ke kanan. Ketatkan semula Tombol Penyangkut Pancuran.
(c) Sudut Kepala Pancuran boleh diubah dengan menggerakkan Kepala Pancuran ke atas atau ke bawah.

2. CARA MENYELARASKAN KADAR ALIRAN AIR
(1) Cara melaraskan kadar pengaliran air maksima.
Langkah 1: Tekan Tuas On-Off dan pilih Pancuran Luas pada Kepala Pancuran dengan menggunakan Butang Pemilih Pancuran (rujuk Gambarajah 1)
Langkah 2: Tutup Injap Air Utama.
Langkah 3: Pusingkan Kepala Pancuran menghala ke atas pada paras pinggang.
Langkah 5: Buka Injap Air Utama sedikit demi sedikit dan laraskan ketinggian pancuran (H).
Disyorkan menyelaraskan ketinggian air pancuran H=100 cm \~ 110 cm (kira-kira 3 L/min).
(Sekiranya ketinggian pancuran (H) tinggi, suhu air panas akan menurun akibat kadar pengaliran yang berlebihan).

Butang Pemilih Pancuran


Gambarajah 1 Gambarajah 2
Tombol Isipadu Air


3. PENYENGGARAAN

AMARAN

Pastikan Pemutus Litar Elektrik dimatikan sebelum penyenggaraan.
(1) Membersihkan Penutup Set.
Pastikan Pemutus Litar Elektrik dimatikan sebelum dibersihkan.
1) Bersihkan dengan kain yang dilembapkan.
2) Jangan guna benzena, pencair, pencuci, peluntur dan lain-lain.
3) Jangan sembur air pada unit, atau meletak tuala basah di atasnya.
4) Pastikan guna kain yang sesuai untuk membersihkan permukaan Penutup Set bagi mengelakkan calar.
(2) Membersihkan Kepala Pancuran
1) Putarkan Penutup Kepala Pancuran arah lawan jam dan keluarkan dari Kepala Pancuran dengan tangan.
2) Bersihkan lubang pada Penutup Kepala Pancuran dengan menggunakan berus lembut dari semasa ke semasa. (Disyorkan seminggu sekali).

PERHATIAN

Jangan rosakkan lubang pada Penutup Kepala Pancuran semasa pembersihan. Pelapik Getah hendaklah dipasangkan pada bahagian Kepala Pancuran sebelum Penutup Kepala Pancuran dipasangkan semula pada Kepala Pancuran. Jangan keluarkan bahagian-bahagian selain daripada Penutup Kepala Pancuran dan Pelapik Getah.

(3) Pembersihan Unit Penapis (Unit Penapis dipasang pada Tombol Penapis)
Penapis Air di dalam Unit Penapis mestilah dicuci seminggu sekali. Unit Penapis mestilah dicuci sekiranya air panas tidak mengalir dengan sempurna.
Membuka, membersih dan memasang Unit Penapis
① Tutup Injap Air Utama.

③ Bersihkan Unit Penapis.

② Laraskan Tombol Isipadu Air mengikuti arah jam jika ia menghalang Tombol Penapis. Pusingkan Tombol Penapis ikut arah lawan jam dan keluarkannya.

(1) Sila periksa perkara-perkara berikut sebelum pembaikan.
| Tanda-tanda Perkara yang perlu diperiksa | |
| Pancuran air tidak mengalir seperti biasa. | 1. Periksa Unit Penapis. Bersihkan Penapis jika ianya tersumbat dengan kekotoran (rujuk Pembersihan Unit Penapis di muka surat 6)2. Periksa Kepala Pancuran dan Penutup Kepala Pancuran. Bersihkan Kepala Pancuran jika ada kekotoran (rujuk Membersihkan Kepala Pancuran di muka surat 6). |
| Tiada air panas mengalir keluar dari saluran keluar (tiada aliran elektrik ke unit) | 1. Pastikan Tuas On-Off ditekan dan berada pada keadaan “On”.2. Pastikan Tuas Set Semula ELB tidak menggelongsor ke bawah.Tolak Tuas Set Semula ELB ke atas untuk ke keadaan asal (lihat CARA-CARA MENGUJI di muka surat 11).3. Pastikan Suis ON/OFF DP (dwikutub) dihidupkan.4. Pastikan Pemutus Litar Elektrik (MCB) dihidupkan. |
| Tiada air mengalir keluar dari Kepala Pancuran. | 1. Periksa Injap Air Utama, buka Injap Air Utama sekiranya tertutup (rujuk CARA-CARA MENGGUNAKANNYA di muka surat 5).2. Periksa keadaan panel Lampu ELB (Merah).• Lampu merah padam. Periksa Tuas On-Off sekiranya Lampu merah masih tidak menyala, jangan gunakan unit dan sila hubungi wakil penjual anda dengan segera. |
| Air tidak cukup panas. | 1. Sila rujuk CARA MENYELARASKAN KADAR ALIRAN AIR di muka surat 5. |
(2) Jika anda mendapati keadaan seperti berikut semasa menggunakan peralatan ini, jangan gunakan unit dan sila hubungi wakil penjual anda dengan segera.
1) Kebocoran air
2) Tiada pengaliran air.
3) Suhu air tidak dapat dikawal.
4) Lampu ELB tidak menyala.
(3) Kemahiran tertentu diperlukan untuk memperbaiki peralatan ini. Oleh itu jangan sekali-kali cuba membaikinya sendiri.
- SPESIFIKASI
| Voltan | 240 V a.c. 50 Hz |
| Penggunaan Kuasa | 3600 W |
| Pemilih Kuasa | Suhu Air Semasa (OFF), 1000 W ~ 3600 W |
| Tekanan Air Minima | 4.9 kPa / 0.05 kgf/cm2 / 0.7 psi |
| Tekanan Air Maksima | 380 kPa / 3.87 kgf/cm2 / 55 psi |
| Ukuran | 420(H) mm x 185(W) mm x 85(D) mm |
| Berat | 2.8 kg |
| Sistem Keluaran | Sistem Punca Tunggal (Keluaran Terbuka) |
CARA MEMASANG PANCURAN MANDI ELEKTRIK

AMARAN

- Saiz Kabel Fleksibel dan pendawaian elektrik mestilah dipasang dengan sempurna untuk mencegah bahaya berasap dan kebakaran.
- Semasa proses pemasangan, pastikan sumber elektrik dan air telah ditutup.
- Pancuran mandi ini hendaklah disambung secara kekal ke bekalan elektrik menerusi Suis ON/OFF DP (dwikutub) yang mempunyai pemisahan sesentuh sekurang-kurangnya 3 mm pada semua kutub yang digabungkan dalam pendawaian tetap. Suis ini hendaklah dipasangkan dengan jelas tetapi jauh dari jangkauan pengguna.

Unit ini perlu dibumikan.
- Jangan memasang Unit Badan Penapis pada saluran keluar kerana air pada saluran masuk tidak dapat ditapis dan mengakibatkan bending untuk masuk ke dalam unit. Ini akan menyebabkan Unit Pemanas dan Kepala Pancuran tersumbat.
- Jangan memasang, menanggalkan, atau memasang semula unit dengan sendiri. Pemasangan yang tidak betul akan mengakibatkan kebocoran air, kejutan elektrik, atau kebakaran. Pemasangan dan pendawaian haruslah dilakukan oleh pekerja yang mahir.
- Perkongsian paip untuk air masuk dan keluar adalah dilarang. Tekanan air akan berkurang sekiranya terdapat air keluar pada saluran yang lain. Air akan menjadi sangat panas.


PERHATIAN

- Kabel fleksibel harus dimasukkan ke unit melalui bahagian yang sedia ada sahaja (jangan membuat lubang tambahan).
1. SEBELUM PEMASANGAN DIBUAT
(1) Pastikan tekanan air.
Tekanan air minima 4.9 kPa / 0.05 kgf/cm² / 0.7 psi
Tekanan air maksima 380 kPa / 3.87 kgf/cm² / 55 psi
- Cara mengukur tekanan air seperti dalam gambarajah.
Air hendaklah mengalir keluar dari Hos setinggi 2.0 m dari Injap Air Utama.

Nota: Apabila mengeluarkan unit dari bungkusan, kemungkinan ada kehadiran sedikit air di dalamnya. Ini adalah biasa kerana unit-unit diuji semasa proses pembuatan.
2. CARA MEMASANG

AMARAN

Semasa proses pemasangan, pastikan sumber elektrik dan air telah ditutup.
1. Dimana unit ini perlu dipasang.
- Pastikan unit ini dipasangkan pada dinding seperti
dalam Gambarajah 1 (keadaan menegak sahaja). - Jangan memasang unit jauh dari permukaan dinding seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 2.
- Unit hendaklah dipasang 1.5 m \~ 1.7 m dari atas lantai.

2. Menanggalkan Penutup Set.
① Pastikan Tombol Kawalan Kuasa berada di posisi "Off".
② Keluarkan skru dari bahagian bawah unit.
③ Tanggalkan Penutup Set dari bahagian bawah dahulu diikuti dengan bahagian atas.
3. Cara memasang Pancuran Mandi Elektrik.
① Unit hendaklah berjarak sekurang-kurangnya 250 mm di sebelah kiri dan kanan dinding.
② Gerudi 4 lubang pada dinding (merujuk Rajah 1).
③ Masukkan Palam Dinding ke dalam lubang.
⑥ Periksa sama ada Unit diikat dengan ketat dengan menggerakkan Unit ke kiri dan kanan.
Nota: Penutup Belakang Unit mesti diketatkan dengan 4 Skru.


Saiz Kabel Fleksibel dan pendawaian elektrik mestilah dipasang dengan sempurna untuk mencegah bahaya berasap dan kebakaran.

AMARAN

Pancuran mandi ini hendaklah disambung secara kekal ke bekalan elektrik menerusi Suis ON/OFF DP (dwikutub) yang mempunyai pemisahan sesentuh sekurang-kurangnya 3 mm pada semua kutub yang digabungkan dalam pendawaian tetap. Suis ini hendaklah dipasangkan dengan jelas tetapi jauh dari jangkauan pengguna.
① Pendawaian Kabel Fleksibel disambungkan ke ELB di dalam unit: 2.5 mm ^2 , Kabel Fleksibel 3 teras.

② Buka Pemegang Kabel dan pasangkan Kabel Fleksibel.
Buangkan Penyalut Wayar di bahagian hujungnya. Ketatkan wayar hidup (L) dan wayar neutral (N) pada ELB (L, N) dan wayar bumi pada Pasak Bumi dengan menggunakan daya kilas 1 N.m (10 kgf.cm). Pasang semula Pemegang Kabel untuk memegang Kabel Fleksibel.

③ Sambungkan wayar pada kekutuban yang betul (L,N).
- Sambungan wayar pada arah kekutuban yang salah (L,N) akan menyebabkan litar konduksi kutub tidak berfungsi seperti biasa dan boleh menyebabkan kebocoran elektrik, kebakaran dan sebagainya.
- Terlebih dahulu periksa arah kekutuban (L,N) sebelum pendawaian berpandukan alat uji julat voltan atau meter volt dengan menyambungkan satu terminal meter ke bumi, biarkan terminal yang satu lagi menyentuhkan tiap-tiap terminal bekalan kuasa.
- Apabila jarum meter banyak terpesong, arah kekutuban terminal bekalan kuasa adalah 'L'.
④ Rod Bumi


AMARAN

Unit ini perlu dibumikan.
5. Cara-cara pemasangan paip
① Letakkan Pelapik Getah di antara Unit Badan Penapis dan Paip Mudah Lentur. Jangan guna Pita Paip. Ketatkan dengan Sepana.
② Letakkan Pelapik Getah di antara Unit Badan Penapis dan Bahagian Utama. Jangan guna Pita Paip.
Ketatkan dengan tangan.
③ Letakkan Pelapik Getah di antara Hos Pancuran dan Bahagian Utama. Jangan guna Pita Paip. Ketatkan dengan tangan.
④ Letakkan Pelapik Getah di antara Hos Pancuran dan Kepala Pancuran. Jangan guna Pita Paip. Ketatkan dengan tangan.
⑤ Unit Badan Penapis hendaklah dipasang mengarah ke hadapan unit.
| AMARAN | Penyambung perkongsian paip adalah dilarang.Tekanan air akan berkurang sekiranya terdapat air keluar pada saluran yang lain.Air akan menjadi sangat panas. |
① Pastikan Tombol Kawalan Kuasa berada pada posisi "Off".
② Pastikan slot Penutup Tombol Kawalan Kuasa dan "D-Cut" Batang VR berada seperti posisi yang ditunjukkan (keadaan Off).
③ Tutupkan Penutup Set seperti susunan yang ditunjukkan pada gambarajah.
④ Tolak Tombol Kawalan Kuasa sehingga ia dimasukkan sepenuhnya. <Tombol Kawalan Kuasa tidak dapat dimasukkan sekiranya
Langkah 1 dan Langkah 2 tidak dilakukan secara betul>
⑤ Sila putar ikut arah jam sehingga "High" dan ikut arah lawan jam sehingga "Off" untuk memastikan tombol dimasukkan sepenuhnya ke slot Penutup Tombol Kuasa yang berada di dalam.
7. Pemasangan Penyangkut Pancuran.
①Pasangkan kedua Pemegang Batang Gelongsor supaya kedudukan Kepala Pancuran tidak melebihi bahagian atas unit.
Pastikan permukaan dinding untuk pemasangan Pemegang Batang Gelongsor adalah sama rata. Jika tidak sama rata, sila gunakan pelapik (tidak disertakan) semasa memasang aksesori tersebut.

② Pasang Pemegang Batang Gelongsor Atas pada dinding tetapi tidak melebihi bahagian atas unit. Ketatkan Pemegang Batang Gelongsor Atas dengan 1 skru.

③ Sediakan Penyangkut Pancuran dan Batang Gelongsor, tanggalkan Tombol Penyangkut Pancuran dengan memusingkannya (arah lawan jam) kemudian pasangkan mengikut urutan (1), (2), (3) dan (4). Nota: Pastikan lubang Penyangkut Pancuran
(1) selari dengan lubang Penyangkut Pancuran (2) dan masukkan Batang Gelongsor.

④ Ketatkan Penyangkut Pancuran dengan Tombol Penyangkut Pancuran.

* Penyangkut Pancuran akan jatuh sekiranya tombol dilonggarkan.
⑤ Pasangkan Pemegang Batang Gelongsor Atas dan Bawah dengan Alur pada Batang Gelongsor dimasukkan kepada permukaan yang tertimbul pada Pemegang Batang Gelongsor. Ketatkan Pemegang Batang Gelongsor Bawah dengan 1 skru. (Pastikan untuk memasukkan Palam Dinding ke dalam lubang skru).

⑥ Tutup kedua-dua Pemegang Batang Gelongsor dengan Penutup Pemegang Batang Gelongsor.

⑦ Laraskan Penyangkut Pancuran pada kedudukan yang dikehendaki dan sangkutkan Kepala Pancuran seperti dalam gambarajah di bawah.

3. CARA-CARA MENGUJI
-
Periksa Pendawaian sebelum elektrik dibekalkan.
-
Hidupkan Pemutus Litar Elektrik (MCB) dan Suis ON/OFF DP (dwikutub).
- Hidupkan ELB pada unit (tolak Tuas Set Semula ELB ke atas).
• Tekan Butang Ujian ELB. - ELB adalah di dalam keadaan baik apabila ianya pada kedudukan "Off" (Tuas Set Semula ELB akan menggelongsor ke bawah) dan tolak Tuas Set Semula ELB ke atas. Sila rujuk gambarajah.
- Pemeriksaan ke atas Pemutus Litar Bocor ke Bumi (ELB) terbina hendaklah dilakukan sebulan sekali untuk mengelakkan bahaya kepada pengguna seperti kerosakan kepada harta benda, kecederaan parah atau kematian.

AMARAN

Jangan sekali-kali mengikat Tuas Set Semula ELB secara paksa dengan pita pelekat dan sebagainya.

- • Buka Injap Air Utama.
- • Tekan Tuas On-Off sekali, panel Lampu ELB akan menyala dan air akan mula mengalir keluar dari Kepala Pancuran.
- Pusingkan Tombol Kawalan Kuasa ikut arah jam dan air panas akan mengalir keluar dari Kepala Pancuran. (Laraskan kepada suhu air yang bersesuaian).
- Sila rujuk CARA-CARA MENGGUNAKAN PANCURAN MANDI ELEKTRIK dan CARA MENYELARASKAN KADAR ALIRAN pada muka surat 5.
CONTENTS
BEFORE USING ELECTRIC HOME SHOWER
- SAFETY INSTRUCTIONS 12
- PARTS IDENTIFICATION 14
- ACCESSORIES 14
HOW TO USE ELECTRIC HOME SHOWER
- HOW TO USE 15
- WATER FLOW RATE ADJUSTMENT 15
- MAINTENANCE 16
- TROUBLESHOOTING 17
- SPECIFICATION 17
HOW TO INSTALL ELECTRIC HOME SHOWER
- BEFORE INSTALLATION 18
- HOW TO INSTALL 18
- TEST OPERATION 21
WARRANTY CARD
Last Page
BEFORE USING ELECTRIC HOME SHOWER
Jaminan ini memberi hak kepada pengguna Panasonic Malaysia untuk mendapatkan perkhidmatan percuma pada produk Panasonic dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pembelian. *Jaminan tambahan selama 12 bulan juga disediakan untuk DIGITAL STILL / VIDEO / CAMERA SLR, sekiranya produk didaftarkan secara dalam talian di http://dlub.panasonic.com.my sama ada secara langsung oleh pembeli atau oleh Pengedar Panasonic yang berlaulah dan dilusukan oleh Panasonic Malaysia Sdn Bhd. Jaminan diatas adalah tertaktuk kepada terma dan syarat yang disenaraikan di bawah:
- Jaminan ini diguna pakai bagi setiap produk baru yang dibel untuk kegunaan domestik di Malaysia daripada pengedar Panasonic yang sah yang mana produk tersebut diedarkan oleh Panasonic Malaysia Sdn Bhd ("Panasonic Malaysia")
- Pengesahan Jaminan yang didaftarkan dalam talian yang dibuktikan dalam cetakan hendaklah tertakluk kepada kelulusan oleh Panasonic Malaysia menurut polisi, peraturan, budi bicara atau sebaliknya.
- Pelanggan dikehendaki mengemukakan sijl pendaftaran jaminan asal atau kad jaminan berserta dengan resit pembelian yang asal untuk perkhidmatan jaminan secara percuma, jika gagal, yang mana Panasonic Malaysia atau wakil servis Panasonic bertaulah oleh Panasonic mempunyai hak untuk menolak sebarang tuntutan jaminan.
- Jaminan ini meliputi sebarang kerosakan dari segi pembustan dan juga kerosakan yang berlaku berpunca dari kegunaan biasa dalam tempoh jaminan. Panasonic Malaysia atau Wakil Servis Panasonic akan mengikut budi bicara mereka untuk tidak mengenakan caj untuk sebarang pembalkan dan / atau pengentian komponen atau bahagian produk yang rosak. Sebarang bahagian yang digarti di bawah jaminan ini akan menjadi milik Panasonic Malaysia.
- Kad jaminan ini tidak boleh diganti sekiranya berlaku kehilangan, kecurian dan / atau kerosakan.
- Panasonic Malaysia berhak mencak untuk menghadiri mana-mana produk yang dipasang di lokasi yang dianggap tidak dapat diakses, tidak sesuai dan / atau berbahaya kepada keselamatan ejen servisnya.
- Setakat yang diberikan oleh undang-undang, tiaca jaminan lain, sama ada nyata atau tersirat, termasuk jaminan kualti dan kesesuaian yang boleh diperdagangkan untuk tujuan tertentu, diguna pakai bagi produk tensabut. Panasonic Malaysia tidak akan bertanggungiawab ke atas kehilangan keuntungan, kecederaan manusia, ganti rugi khusus/khas, tidak langsung atau berbangkit dalam apa jua cara yang berlaku, tuntutan dan / atau tuntutan yang terhasil atau dikaitkan dengan produk atau perkhidmatan yang diberikan kepadanya.
- Semua syarat-syarat yang nyata dan tersirat di sini atau selannya adalah tertakluk kepada kuasa dan budi bicara Panasonic Malaysia di mana dan bila dianggap sesuai.
- Panasonic Malaysia berhak untuk membawa baik produk tersebut untuk pembalkan atau diagnosis yang lebih lanjut dan tidak akan dikenakan apa-apa tuntutan pampasan disebabkan oleh apa jua kesultan yang disebabkan oleh pengguna.
- Pelanggan hendaklah membayar caj pemeriksaan / perkhidmatan minimum dan bayaran pengangkutan untuk sebarang permintaan perkhidmatan pembaukan yang bukan disebabkan kerosakan pembuatan yang ditentukan oleh Panasonic Malaysia.
- Untuk pembelian melalui laman web yang bukan dari laman web Panasonic, pelanggan mestil merujuk kepada penjual / ejen asal untuk sebarang bentuk produk jaminan,
- Jaminan ini tidak sah sekiranya produk tersebut tidak tertera penyataan model dan nombor siri atau nombor siri berkumpulan
- Perkhidmatan servis kerumah hanya untuk produk BUILT-IN-KITCHEN (BIK) / RANGE HOOD / PANCURAN MANDI ELEKTRIK / KIPAS SILING / KIPAS PENGUDARAAN / PAM AIR (untuk pemasangan dibawah sahaja) selain daripada produk ini, caj tambahan akan dikenakan sekiranya pengguna ingin Panasonic Malaysia menghantar ejen servis ke rumah.
(A) Apa yang TIDAK diliputi dalam jaminan ini:
A.1. Kerosakan yang disebabkan oleh serangan perosak rumah tangga, biratang petharsan, kebakaran, kilt, bencana alam, banjir, hakisan, karat, kerosakan kosmetik, leku, retakan, pencemaran, voltan tidak normal atau penggunaan penjana, gangguan, pengubahan atau pembakaan oleh orang yang tidak dibenarkan, penyalahgunaan, kecualan, rusuhan, kematangan atau pengendalan produk yang bertentangan dengan arahan yang terkandung dalam arahan operasi dan pemasangan produk, penggunaan komersil, termasuk tempoh waktu penggunaan yang tidak normal atau, di bawah keadaan persekitaran penggunaan yang melampau, ujian, demonstrasi, penyelenggaraan, pemasangan, nombor bersiri / nombor produk telah dihapuskan atau dibuat tidak dapat dibaca atau diganggu, penggunaan saat ganiti bukan asili, penyesuaian atau perubahan apa-apa jenis.
A.2. Aksesori yang dilengkapibekalkan bersama produk Panasonic.
A.3. Jika pelanggan mengarahkan kepada Panasonic Malaysia/wakil ejen servisnya untuk membaiki Produk yang tidak dilindungi di bawah jaminan itu (rujuk A.1.), Pelanggan hendaklah membayar semua caj untuk alat ganti, pengangkutan, dan caj servis untuk membaiki Produk tersebut.
(B) Jaminan bersyarat:
B.1. Alat pemain DVD/VCD/Blu-ray: Optical Pick-up Head akan diganti sekali sahaja dalam tempoh jaminan apabila disahkan rosak. Bayaran akan dikenakan untuk penggantian berikutnya.
B.2. Range Hood: Tiada jaminan ke alas mentol.
Jika terdapat sebarang perbezaan diantara terma dan syarat diantara Bahasa English dan Melayu. Terma dan syarat Bahasa English akan diutamakan. Pengguna dinasihalkan memasang alat penghalang kilat ke atas produk tersebut. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi wakil pengedar yang sah.
Set Kepala Pancuran
Kepala Pancuran (1 set)
Set Penyangkut Pancuran
Hos Pancuran (1 set)
X 2Pemegang Batang Gelongsor (2 set)
Penyangkut Kepala Pancuran (1 set)
Set Pemasangan
X 2 X 6X 6Pelapik Getah (2 keping) Skru (6 batang)Palam Dinding (6 batang)
Set Unit Badan Penapis
Unit Badan Penapis (1 set)
Pelapik Getah (1 keping)
Lampiran Amaran Unit Badan Penapis (1 helai)
Batang Gelongsor
Batang Gelongsor (1 batang)