Daisy Deluxe Wet/Dry FC6082 - 148 PHILIPS - Panduan pengguna gratis
Temukan panduan perangkat secara gratis Daisy Deluxe Wet/Dry FC6082 PHILIPS dalam format PDF.
Pertanyaan pengguna tentang Daisy Deluxe Wet/Dry FC6082 PHILIPS
0 pertanyaan tentang perangkat ini. Jawab yang Anda tahu atau ajukan milik Anda sendiri.
Ajukan pertanyaan baru tentang perangkat ini
Unduh instruksi untuk 148 dalam format PDF gratis! Temukan panduan Anda Daisy Deluxe Wet/Dry FC6082 - PHILIPS dan ambil kembali perangkat elektronik Anda. Di halaman ini diterbitkan semua dokumen yang diperlukan untuk penggunaan perangkat Anda. Daisy Deluxe Wet/Dry FC6082 merek PHILIPS.
PANDUAN PENGGUNA Daisy Deluxe Wet/Dry FC6082 PHILIPS
Baca arahan penggunaan ini dengan teliti sebelum menggunakan perkakas dan simpankannya bagi rujukan pada masa depan.
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur setempat sebelum anda menyambungkan perkakas.
Jangan gunakan perkakas jika plag, kord atau perkakas itu sendiri rosak.
Jika kord sesalur perkakas ini rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, atau pusat servis yang disahkan oleh Philips, atau orang dengan kelayakan seumpamanya, untuk mengelakkan bahaya.
Jangan sekali-kali sedut bahan mudah bakar atau cecair yang mengakis, dan jangan sedut abu sehingga ia sejuk.
Jangan sekali-kali tenggelamkan pembersih vakum, unit pengecasan atau palam penyesuai ke dalam air dan jangan biarkan air memasuki unit motor atau unit pengecasan.
Cabutkan plag penyesuai dari soket dinding sebelum membersihkan unit pengecasan.
Caskan pembersih vakum hanya dengan menggunakan plag penyesuai dan unit pengecasan yang dibekalkan. Semasa pengecasan, plag penyesuai akan terasa panas sedikit apabila disentuh. Ini normal.
Jangan pegang perkakas dengan bekas habuk menuding ke atas dan jangan condongkan perkakas ke sisi semasa menyedut cecair.
Bersedia untuk menggunakannya

I Skrukan unit pengecasan pada dinding dengan menggunakan skru yang dibekalkan bersama-sama perkakas.
Anda boleh juga meletakkan pembersih vakum dan unit pengecasan secara mendatar di atas meja semasa mengecaskannya.

Caskan perkakas selama sekurang-kurangnya 16 jam sebelum anda menggunakannya pada kali pertama.
▶ Lampu penunjuk akan menyala untuk menunjukkan perkakas sedang mengecas.
▶ Lampu penunjuk akan terus menyala selagi perkakas tersambung dengan unit pengecasan

dan palam penyesuai tersambung dengan soket dinding.
Menggunakan perkakas

Pastikan pemesong dan turas sudah disisipkan ke dalam bekas habuk sebelum menggunakan perkakas untuk menyedut sama ada bahan kering atau cecair.

I Sisipkan pemesong dan turas ke dalam bekas habuk.
2 Tekan turas dengan rapi ke dalam bekas habuk.
Memvakum

2 Apabila menyedut cecair, pegang peralatan dengan bahagian simpanan debu menghala ke bawah pada satu sudut. Pastikan skuigi mengenai permukaan yang hendak dibersihkan. Jangan sengetkan peralatan pada satu bahagian.

Lantai keras dan permaidani
- Gunakan muncung lantai untuk memvakum lantai keras dan permaidani.

Muncung lantai dilengkapi dengan pengumpul bulu. Anda boleh menggunakan pengumpul bulu untuk menanggalkan rambut atau bulu.
Lalukan pengumpul bulu perlahan-lahan ke atas rambut atau bulu yang hendak ditanggalkan. Rambut dan bulu akan dilonggarkan dari permukaan, dikumpul dan kemudian disedut.

Tempat yang sukar dicapai
▶ Gunakan alat ceruk untuk memvakum tempat yang sukar dicapai.
Jangan gunakan alat ceruk untuk menyedut cecair.

▶ Sambungkan alat penyeka dengan bekas habuk.

2 Untuk menanggalkan batang, tekan butang lepas di bawah tangkai pembersih vakum dan tarik batang keluar dari perkakas.
Membersihkan
Cabutkan palam penyesuai dari soket dinding setiap kali sebelum membersihkan unit pengecasan.
Jangan sekali-kali tenggelamkan pembersih vakum atau unit pengecasan ke dalam air.
▶ Bersihkan perkakas dengan kain lembap.
Jika perlu, bersihkan bekas habuk, pemesong dan turas dengan air sejuk atau suam. Bekas habuk, pemesong dan turas TIDAK boleh dibersihkan di dalam mesin pencuci pinggan mangkuk.
Mengosongkan bekas habuk

Kosongkan bekas habuk dan bersihkan turas dengan kerap.
I Tekan butang putus dan bukakan pembersih vakum di atas tong sampah.

2 Keluarkan turas dan pemesong dari bekas habuk.
3 Kosongkan bekas habuk dan bersihkan turas.
Bersihkan turas dengan berus atau dengan pembersih vakum biasa jika ia sangat kotor.
Jangan sekali-kali gunakan pembersih vakum apabila turas dan/atau bekas habuk masih basah.
Mengganti
Gantikan turas jika ia tidak lagi boleh dibersihkan dengan baik (biasanya selepas membersihkannya sebanyak 50 kali).

I Keluarkan pemesong dan bingkai turas dari bekas habuk.

2 Pisahkan turas dari pemesong.

3 Putarkan turas perlahan-lahan mengikut arah jam untuk menanggalkannya dari bingkai.

4 Keluarkan turas lama dan gantikan dengan turas baru.

Jika anda tidak bercadang untuk menggunakan perkakas selama tempoh masa yang panjang, kami nasihatkan anda supaya mencabutkan palam penyesuai dari soket dinding untuk menjimatkan kuasa.
Melupuskan bateri
Keluarkan bateri apabila anda membuang perkakas. Jangan buangkan bateri bersama-sama sampah-sarap yang biasa dari rumah,


Anda boleh juga membawa perkakas ke pusat servis Philips, yang akan mengeluarkan bateri untuk anda dan akan melupuskannya dengan cara yang selamat terhadap alam sekitar.
Keluarkan bateri hanya jika ia kehabisan kuasa sepenuhnya.
I Biarkan perkakas berjalan sehingga ia berhenti, bukakan skru dan bukakan pembersih vakum.
2 Potong dawai penyambung satu demi satu dan keluarkan bateri.