HP4858 - 300 PHILIPS - Panduan pengguna gratis
Temukan panduan perangkat secara gratis HP4858 PHILIPS dalam format PDF.
Pertanyaan pengguna tentang HP4858 PHILIPS
0 pertanyaan tentang perangkat ini. Jawab yang Anda tahu atau ajukan milik Anda sendiri.
Ajukan pertanyaan baru tentang perangkat ini
Unduh instruksi untuk 300 dalam format PDF gratis! Temukan panduan Anda HP4858 - PHILIPS dan ambil kembali perangkat elektronik Anda. Di halaman ini diterbitkan semua dokumen yang diperlukan untuk penggunaan perangkat Anda. HP4858 merek PHILIPS.
PANDUAN PENGGUNA HP4858 PHILIPS
Pengering rambut kecantikan Philips yang baru ini direka khas untuk memenuhi keperluan peribadi anda. Pengering rambut Thermoprotect ini mempamerkan ciri Sistem Thermoflow yang inovatif yang menggunakan lebih banyak udara tetapi kurang haba. Sistem ini mengeringkan rambut anda sepantas pengering rambut yang biasa tanpa mendatangkan risiko penyahhidratan. Ia mengekalkan tahap kelembapan semula jadi rambut anda dan menjadikan rambut anda berkilat, penuh dan lebat seperti yang anda inginkan. Untuk mendapatkan rambut yang cantik, anda perlu mengeringkannya, dan bukan menyahhidratkannya.
Deskripsi Am
Baca arahan-arahan ini dengan teliti sebelum menggunakan peralatan dan simpan untuk rujukan di masa depan.
- Periksa jikalau tandaan voltan pada peralatan bersamaan dengan voltan utama setempat sebelum anda menyambungkan peralatan.
- Periksa keadaan kord utama secara kerap. Jangan gunakan peralatan jika plag, kord atau peralatan rosak.
- Jika wayar utama rosak, ia mesti digantikan oleh Philis, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips atau pihak-pihak yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.
- Jauhkan alat dari air! Jangan gunakan produk ini berdekatan dengan air atau di atas air yang ada di dalam takung mandi, besen basuh, sinki, dll. Semasa digunakan di bilik mandi, cabut alat selepas penggunaan kerana air yang berdekatan merupakan risiko biarpun pengering rambut dimatikan.
- Untuk perlindungan tambahan, kami menasihatkan anda memasang sebuah peranti arus baki dengan arus pengoperasian baki yang tidak melebihi 30mA dalam litar elektrik yang membekalkan arus elektrik ke bilik mandi. Mintalah nasihat dari pemasang anda.
- Jauhkan alat daripada kanak-kanak.
- Jangan menghalangi gril udara.
- Kalau alat menjadi terlalu panas, ia akan padam secara automatik.
Cabut palam alat dan biarkannya menjadi dingin selama beberapa minit. Sebelum menghidupkan kembali alat tersebut, periksa gril untuk memastikan bahawa gril tidak tersumbat dengan bulu-bulu, rambut, dll.
- Sentiasa padam alatan sebelum meletakkannya, walaupun untuk seketika.
- Sentiasa cabutkan plag peralatan setelah menggunakannya.
- Jangan lilit kord utama mengelilingi peralatan.
Menggunakan peralatan
I Pasang plag ke soket dinding.
2 Hidupkan alat ini dengan memilih setting yang dikehendaki (gamb. I).
- Ⓞ:Setting Pengeringan-Cepat - untuk mengeringkan rambut selepas mandi dengan cepat dan selamat (gamb. 2).
Lampu Mod Penjagaan akan padam apabila anda memilih seting Pengeringan-Cepat.
- II: Seting Pengeringan & Penjagaan - pengaliran udara yang kuat dan suhu sederhana untuk pengeringan yang pantas tetapi lembut.
- I: Seting Pembentukan - Pengaliran udara yang rendah terutamanya untuk pembentukan.
Lampu Mod Penjagaan menyala apabila seting Pengeringan & Penjagaan atau seting Pembentukan untuk menandakan anda sedang mengeringkan rambut anda dengan perlahan.
▶ O: Matikan.
3 Keringkan rambut dengan memegang pengering pada satu jarak yang kecil dari rambut anda sambil menggerakkan pengering seperti sedang memberus rambut.
4 Penabur udara dingin mengekalkan fesyen yang anda bentuk dengan udara dingin (gamb. 3).
Tekan butang sekejap sahaja.
Penambahan
Penumpu
Penumpu membolehkan anda menghala aliran udara ke berus atau sikat yang anda gunakan untuk menggaya rambut anda.
Memasang penumpu dengan mengetapkannya pada alat. Membukanya dengan cara mencabutkannya (gamb. 4).
Pembersihan
Sentiasa cabutkan plag peralatan sebelum membersihkannya.
Jangan sekali-kali membilas alat ini dengan air.
Tanggalkan sambungan alat ini sebelum membersihkannya.
Pastikan penyambungnya adalah kering sebelum mengguna atau menyimpannya.
Penstorani
Sentiasa cabut plag peralatan sebelum menstorkan peralatan.
- Simpan peralatan di tempat yang selamat dan biarkan ia menyejuk.
- Jangan lilit kord utama mengelilingi peralatan.
- Peralatan boleh disimpan dengan menggantungkannya dari gelung penggantungnya.
Penggantian
▶ Soket di mana peralatan bersambung mungkin tidak hidup: Pastikan soket itu hidup.
Peralatan mungkin menjadi terlampau panas dan terpadam dengan sendin: Cabutkan plag alat ini dan biarkannya menyejuk untuk beberapa minit. Sebelum anda menghidupkan alat ini semula, periksa grilnya untuk memastikan tidak terdapat gumpalan debu, rambut, dll., tersebut padanya.
▶ Peralatan mungkin tidak bersesuaian untuk voltan yang bersambung dengannya: Pastikan voltan yang ditandakan pada plet jenis peralatan berpadanan dengan kuasa voltan utama setempat.