GCGI1500 - 88 Khind - Panduan pengguna gratis
Temukan panduan perangkat secara gratis GCGI1500 Khind dalam format PDF.
Pertanyaan pengguna tentang GCGI1500 Khind
0 pertanyaan tentang perangkat ini. Jawab yang Anda tahu atau ajukan milik Anda sendiri.
Ajukan pertanyaan baru tentang perangkat ini
Unduh instruksi untuk 88 dalam format PDF gratis! Temukan panduan Anda GCGI1500 - Khind dan ambil kembali perangkat elektronik Anda. Di halaman ini diterbitkan semua dokumen yang diperlukan untuk penggunaan perangkat Anda. GCGI1500 merek Khind.
PANDUAN PENGGUNA GCGI1500 Khind
Sila baca buku panduan ini dengan teliti sebelum menggunakan produk ini. Simpanlah untuk rujukan masa depan.

- Perkakas ini hendaklah dipasang sesuai dengan peraturan-peraturan yang telah berkuatkuasa dan hanya digunakan di tempat pengudaraan yang baik. Baca arahan sebelum memasang atau menggunakan perkakas ini.
- Dapur Gas Inframerah ini menggunakan Gas Petroleum Cecair.
- Gunakan pengawal atur bertekanan rendah yang diluluskan.


Pembersihan & Penyelenggaraan
- Sentiasa membiarkan Dapur Gas Inframerah dalam keadaan sejuk sebelum dibersihkan.
- Gunakan kain yang lembut dan air sabun suam untuk pembersihan.
- Jangan guna larutan kaustik, soda pembasuh, penyembur pembersih aerosol, peluntur atau sesetengah pembersih kuat untuk membersihkan perkakas.
- Jangan cuba untuk membersihkan permukaan pembakar semasa ianya masih panas.
- Sekiranya jaring seramik tertumpah dengan makanan padat atau cecair, sila rujuk panduan penyelesaian masalah.
Pengenalan Bahagian

* Gambar adalah untuk tujuan illustrasi sahaja.
Spesifikasi
| Model | GCGI1500 |
| Saiz Pembakar | Kiri: 150mm; Kanan: 150mm |
| Kategori Produk | I3B/P(30) |
| Jenis Gas | LPG |
| Tekanan Gas | 3000Pa/30mBar |
| Jumlah Input Haba | 5.0kW |
| Penggunaan Kuasa Gas | Kiri: 2.5kW / Kanan: 2.5kW |
| Ketebalan Kaca | 7mm |
| Berat Bersih | 6.8kg |
| Dimensi Produk (PxLxT) | 700 x 370 x 115mm |
- Sambungkan hos ke Pengatur Gas dan paip saluran masuk LPG. Ketatkan hos dengan Klip Hos Skru.

- Pastikan hos tidak melintang atau terlalu rapat dengan badan Dapur Gas Inframerah.

- Pusing tuil kawalan pengawal atur gas ke bawah untuk melepaskan gas LPG ke Dapur Gas Inframerah

Cara-cara Penggunaan
- Hidupkan bekalan gas dari silinder LPG dengan memusingkan tuil kawalan pengawal atur ke bawah. Pastikan tombol perkakas dalam posisi "off".
- Tekan Tombol Penghidup dan pusingkan arah lawan jam. Sambung dengan menekan tombol selama 3-8 saat, lepaskan selepas pembakar menyala.

Cara-cara Penggunaan
- Udara mungkin berada didalam hos gas ketika pemasangan. Anda dikehendaki mengulangi prosedur diatas beberapa kali
- Untuk kepanasan yang maksima, putarkan Tombol Pelarasan Api ke posisi "MAX".

- Untuk kepanasan yang minima, putarkan Tombol Pelarasan Api ke posisi "MIN".

Panduan Penyelesaian Masalah
| Masalah | Kemungkinan | Cara Penyelesaian |
| Tidak menyala | a. Injap gas tidak dibuka | Bukakan injap gas agar gas dapat dibekalkan |
| b. Hos getah bengkok | Luruskan hos atau ganti dengan yang baru. | |
| c. Gas di dalam tong telah habis | Gantikan dengan tong gas yang baru | |
| d. Pembakar tersumbat | Gunakan jarum halus untuk melepaskan bendasing pada pembakar | |
| e. Terdapat udara di dalam hos | Buka nozel dan lepaskan udara tersebut | |
| Lain-lain masalah | a. Terdapat kebocoran pada paip gas | Hantar perkakas ke pusat servis berhampiran |
| b. Hos telah rosak | Sila tukar hos yang baru | |
| c. Tiada api | Nyalakan semula |
Soalan-soalan Lazim
A: Semestinya ya! Selain membantu anda memasak dengan lebih baik, ia menjimatkan penggunaan gas. Ia juga membantu mengekalkan kebersihan dan persekitaran memasak yang sihat di dapur anda.
Q: Adakah ianya mudah beroperasi?
A: Semestinya ya! Dapur Gas Inframerah Khind beroperasi sama seperti dapur gas biasa. Ianya mudah untuk digunakan.
Q: Bagaimana untuk membersihkan jaringan pada seramik jika dicemari oleh makanan?
A: Memandangkan jaringan pada seramik agak kecil, amat jarang sekali untuk makanan yang padat masuk ke dalam lubang dan jatuh ke bawah. Jika terdapat makanan yang lembut tersekat di dalam lubang, ianya boleh dibuang dengan bantuan pin. Jika dengan tidak sengaja anda tertumpahkan makanan cecair seperti sup ke atasnya, biarkan sahaja kerana ianya akan diwapkan oleh suhu di persekitaran.
Tip:
Suhu memasak yang dihasilkan oleh Dapur Gas Inframerah lebih tinggi berbanding dapur gas biasa. Ianya menjimatkan masa anda.